Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519640
Title: Penentuan rekabentuk laluan pengangkutan bas menggunakan sistem multi pengoptimuman - kajian kes di Putrajaya Malaysia
Authors: Ruslawati Abdul Wahab (P75261)
Supervisor: Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, Prof. Dato' Ir. Dr.
Keywords: Bus lines -- Planning -- Malaysia -- Putrajaya
Cities and towns -- Malaysia -- Putrajaya
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Dec-2017
Description: Masalah perkhidmatan bas sering dikaitkan dengan ketidaktepatan masa, tempoh perjalanan dan menunggu yang lama. Salah satu sebab masalah tersebut timbul kerana rangkaian pengangkutan bas meghadapi cabaran perkembangan pesat pembangunan dan menyebabkan masalah menjadi kompleks. Akibatnya penggunaan bas semakin merosot dan kos meningkat. Justeru sistem perkhidmatan bas sedia ada perlu ditambahbaik menggunakan pendekatan terkini selain daripada pendekatan konvensional. Antara pendekatan yang popular ialah integrasi algorithma yang berteraskan mimikri biologi semulajadi. Objektif utama kajian ialah untuk mengadaptasi permasalahan dengan pendekatan optimum bagi meminimum jumlah kos kedua-dua pihak operator dan pengguna. Kajian ini menggunakan sampel numerikal bas intra-bandar bagi laluan bukan puncak yang berkepadatan rendah di Putrajaya, Malaysia. Setelah pemerhatian dilakukan terdapat empat parameter utama yang menjadi fokus kajian iaitu jarak laluan, bilangan hentian, masa ketibaan bas serta masa menunggu. Penyelesaian optimum setiap permasalahan parameter disesuaikan dengan keupayaan algorithma itu sendiri. Model fungsi kekangan diterbitkan menggunakan aplikasi rekabentuk eksperimen Kaedah Tindakbalas Permukaan (RSM), rekabentuk parameter optimum dijana menggunakan Algorithma Genetik (GA) dan corak laluan berdasarkan hentian bas terpilih mengunakan algorithma metaheuristik Koloni Semut (ACO). Ramalan masa ketibaan dan masa menunggu menggunakan Sistem Inferen Adaptif Neuro Kabur (ANFIS) dan RSM. Setelah saringan dilakukan, enam parameter optimum laluan bas dan dua fungsi model dihasilkan; jarak laluan, masa perjalanan, bilangan hentian, kepadatan penumpang, kos operasi dan kos pengguna serta masa menunggu dan masa ketibaan. Hasil janaan GA bagi meminimumkan jumlah kos sebanyak RM 706.26 per jam, cadangan rekabentuk bagi jarak laluan ialah 23 km dengan 19 hentian dan masa perjalanan di dalam bas ialah 25 minit. ACO memberikan reka bentuk corak laluan baharu dengan menggunakan 19 hentian dan jarak laluan terbaiknya 21 km. Hasil kajian ini menunjukkan gabungan kedua algorithma mempunyai hubungan positif dan saling melengkapi. Manakala fungsi model masa ramalan yang diterbitkan pula dikenalpasti berprestasi memuaskan dan setara berbanding dengan pendekatan-pendekatan yang seumpama dengannya.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah", Ph.D.
Pages: 303
Call Number: HE5611.R847 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.