Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519638
Title: | Analisis genetik ke atas spesies primat terpilih menggunakan pelbagai jenis sampel bagi tujuan pengecaman subspesies dan kajian filogeni |
Authors: | Nor Aifat A.Rahman (P75306) |
Supervisor: | Badrul Munir Md Zain, Prof. Dr. |
Keywords: | Orangutan -- Malaysia Monkeys -- Malaysia Wildlife conservation -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Mar-2019 |
Description: | Kajian genetik primat Trachypithecus obscurus (Lutong Celak) dan Hylobates lar (Ungka Tangan Putih) kurang mendapat perhatian di Malaysia daripada aspek pengecaman spesies, pertalian filogeni dan biogeografi.T. obscurus dan H. lar menjadi primat yang dilindungi kerana mengalami penurunan bilangan individu di peringkat populasi di Semenanjung Malaysia.Borneo pula merupakan kawasan yang mempunyai beberapa spesies Colobinae yang endemik namun kurang diberi perhatian. Penggunaan sampel muzium dapat dijadikan sebagai sumber biologi untuk mengkaji DNA purba secara meluas terutama terhadap kepelbagaian genetik yang telah hilang dalam tempoh masa tertentu.Perbandingan genetik di antara spesies Colobinae terkini dan terdahulu dapat dilakukan apabila DNA purba berjaya diekstrak.Objektif kajian ini adalah untuk i) menyemak semula status genetik H.lar yang berada dalam kurungan di beberapa zoo terpilih di Malaysia, ii) mendapatkan DNA purba berdasarkan sampel lutong endemik Borneo dari muzium yang berusia dalam lingkungan 43 hingga 124 tahun dan iii) mengkaji aspek genetik populasi dan biogeografi subspesies T. obscurus dengan menggunakan jujukan DNA mitokondria sitokrom b (Cyt b), kawasan D- loop dan Sitokrom C Oksida Subunit I (COI).Kajian ini melibatkan kaedah persampelan sumber genetik secara tidak invasif, amplifikasi, penjujukan DNA dan analisis filogenetik. Sebanyak 200-900 pasangan bes telah berjaya diperolehi daripada lokus terpilih. Hasil analisis menunjukkan status genetik ungka H. lar dalam kurungan tergolong bersama subspesies yang berada di Thailand iaitu H. lar entelloides berbanding subspesies di Semenanjung Malaysia (H. lar lar) dengan aras keyakinan butstrap 59%.Ungka Tangan Putih ini dipercayai dibawa masuk ke Malaysia melalui pemerdagangan haram.Pengekstrakandan amplifikasi DNA purba daripada sampel muzium bagi primat Colobinae seperti Presbytis hosei (tahun 1891), P. frontata (tahun 1903) dan P. rubicunda (tahun 1923) telah berjaya dilakukan.Pengelasan subspesies P. hosei iaitu P. h. sabana yang kini telah dinaiktaraf kepada peringkat spesies iaitu P. sabana disokong dengan analisis DNA purba apabila membentuk klad tersendiri dengan aras keyakinan butstrap 98%. Penggunaan spesimen muzium juga membantu dalam status sistematik terkini genus Presbytis. Pengelasan genetik subspesies T. obscurus di Semenanjung Malaysia tidak menyokong pengelasan terdahulu berdasarkan morfologi kerana subspesies yang berada di Pulau Perhentian lebih hampir dengan subspesies di Perlis dan Pulau Pinang. Dua klad utama telah terbentuk dalam populasi T. obscurus utara dan selatan Semenanjung Malaysia dengan pemisahan klad dicatat berlaku sekitar ~4.26 juta tahun (MYA). Penanda molekul Cyt b, kawasan D-loop dan COI yang digunakan dalam kajian ini menunjukkan keberkesanan dalam menentukan status taksonomi, genetik populasi dan juga biogeografi primat yang kurang mendapat perhatian di Malaysia.Penggunaan DNA purba dalam analisis genetik dapat memberi kefahaman tentang filogeni dan sejarah populasi lutong Borneo yang hampir pupus dan sukar dijumpai. Kajian sistematik molekul ini dapat memberi informasi genetik terkini dan membantu usaha pemuliharaan dan pengurusan spesies primat di Malaysia.,Ph.D. |
Pages: | 186 |
Call Number: | QL737.P96N637 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.