Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519629
Title: Impak pertumbuhan industri pelancongan ke atas ekonomi dan alam sekitar di Malaysia: analisis penghitungan keseimbangan umum (CGE)
Authors: Abdul Rais Abdul Latiff (P61481)
Supervisor: Joy Jacqueline Pereira, Prof. Dr.
Keywords: Tourism -- Environmental aspects -- Malaysia
Environmental management -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Oct-2016
Description: Industri pelancongan di Malaysia merupakan salah satu daripada dua belas sektor utama negara dalam Program Transformasi Ekonomi untuk menjadi pemangkin bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Impak ke atas sektoral kesan daripada pertumbuhan industri pelancongan adalah masih tidak jelas dan isu berkaitan dengan alam sekitar seperti hubung kait di antara ekonomi, penggunaan tenaga dan emisi karbon tidak dapat ditentukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji impak pertumbuhan industri pelancongan ke atas ekonomi, penggunaan tenaga dan emisi karbon serta impak pelaksanaan mitigasi perubahan iklim di Malaysia. Berdasarkan ekonomi Malaysia, model penghitungan keseimbangan umum (CGE) dan inventori emisi karbon untuk industri dan isi rumah telah diaplikasikan dalam kajian ini. Tiga simulasi telah dijalankan mengikut kadar pertumbuhan industri pelancongan sebanyak 6%, 12.5% dan 15% menggunakan Matriks Perakaunan Sosial (SAM) untuk Malaysia, Pengaturcaraan GAMS dan garis panduan inventori emisi karbon oleh IPCC. Keputusan kajian menunjukkan pertumbuhan industri pelancongan banyak menyumbang melalui peningkatan permintaan domestik dan imbangan dagangan yang menyebabkan pertumbuhan positif KDNK benar sebanyak 0.36 hingga 0.89%. Daripada segi impak sektoral pula, output industri pelancongan langsung akan meningkat sebanyak 1.05% hingga 2.56% dan output industri pelancongan tidak langsung akan meningkat sebanyak 0.52% hingga 1.27%. Dapatan ini menunjukkan bahawa industri pelancongan mempunyai hubungan yang kuat dengan output industri utama yang lain melalui penyerapan faktor pengeluaran yang terdiri daripada buruh dan modal. Merujuk kepada output industri berdasarkan orientasi, industri yang berorientasikan domestik akan mengeluarkan lebih banyak output berbanding industri yang berorientasikan eksport sebanyak 0.70% hingga 1.29%. Tambahan pula, peningkatan pendapatan isi rumah daripada pasaran buruh akan mengakibatkan peningkatan penggunaan isi rumah sebanyak 0.69% hingga 1.59% serta menambah baik kebajikan sosial mereka. Sebaliknya, peningkatan output sektoral akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan tenaga dan emisi karbon total sebanyak 0.68% hingga 1.71%. Walau bagaimanapun, jika penguatkuasaan penggunaan biodiesel dan NGV dilaksanakan, penggunaan tenaga total dan emisi karbon total akan berkurang sebanyak 0.85% hingga 2.14%. Dapatan kajian membuktikan bahawa pertumbuhan industri pelancongan berupaya untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dengan membekalkan faedah yang luas terhadap sektor ekonomi utama dan isi rumah serta alam sekitar. Oleh yang demikian, pelaksanaan dasar biodiesel akan mengurangkan jumlah penggunaan tenaga dan emisi karbon tanpa menjejaskan faedah ke atas ekonomi melalui pertumbuhan industri pelancongan. Dapatan kajian ini dijangka memberi manfaat kepada proses membuat dasar dan keputusan untuk mengukuhkan pelaksanaan dasar semasa berkaitan pertumbuhan industri pelancongan serta mempertimbangkan peningkatan penggunaan biodiesel untuk meningkatkan kelestarian industri pelancongan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 309
Call Number: G155.M33A233 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.