Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519627
Title: Bencana semula jadi di kawasan tepu bina: kajian kes sub-lembangan Langat, Malaysia
Authors: Nurfashareena Muhamad (P67293)
Supervisor: Joy Jacqueline Pereira, Prof. Dr.
Keywords: Natural disasters -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Aug-2016
Description: Kawasan tepu bina di sub-lembangan Langat telah berkembang dengan pesat sejak tahun 1990-an. Sejak dua dekad yang lalu, tanah runtuh dan banjir telah dilaporkan secara meluas berlaku di kawasan tepu bina. Keberkesanan sebarang tindakan dalam mengurangkan risiko bencana memerlukan maklumat pelbagai dimensi yang sepadan dengan keperluan pembuat keputusan. Kajian ini direka untuk menyepadukan maklumat dari pelbagai dimensi dengan menggunakan Sistem Maklumat Geografi untuk menyokong dalam membuat keputusan guna tanah di sub-lembangan Langat. Objektif khusus untuk kajian ini adalah untuk menyediakan inventori tanah runtuh dan banjir, mengenalpasti kriteria yang menyumbang kepada kejadian tersebut, dan membangunkan sebuah peta kerentanan bencana bersepadu untuk menyokong dalam membuat keputusan secara termaklum. Empat kaedah utama telah digunakan dalam kajian ini termasuklah kompilasi insiden tanah runtuh dan banjir untuk mewujudkan inventori bencana, analisis kandungan untuk mengenalpasti kriteria yang menyumbang kepada kejadian bencana, elisitasi pakar untuk memberi nilai pemberat terhadap kriteria dan analisis tindan-lapis untuk memproses dan menjana peta tematik. Inventori bencana mendedahkan bahawa tanah runtuh dan banjir telah menjadi kebiasaan di Mukim Kajang yang mempunyai pengembangan keluasan tepu bina yang tertinggi. Kriteria yang menyumbang kepada bencana telah dikategorikan kepada faktor topografi, struktur geologi dan ciri-ciri geomorfologi dan seterusnya diberi nilai pemberat berdasarkan input pakar. Peta kerentanan bencana bersepadu untuk sub-lembangan Langat telah dijana melalui integrasi spatial antara peta tematik tanah runtuh dan banjir bersama data guna tanah. Kawasan kerentanan rendah telah menguasai sub-lembangan dengan keluasan 167.8 km2 diikuti dengan kerentanan tinggi bersama keluasan sebanyak 142.7 km2. Sebahagian besar kawasan kerentanan rendah terletak di Mukim Hulu Langat yang masih diliputi oleh hutan semulajadi. Kawasan kerentanan tinggi pula meliputi bahagian yang mempunyai keluasan tepu bina yang besar terutamanya di Mukim Kajang dan Mukim Cheras. Kira-kira 46% daripada bencana yang lepas turut berlaku dalam kawasan ini. Kajian mendapati bahawa signifikan kawasan kerentanan tinggi dan sangat tinggi tidak digambarkan dengan baik dalam peta bersepadu berbanding peta tematik tanah runtuh dan banjir yang khusus. Penyiasatan terperinci kawasan UKM yang terletak di sub-lembangan Langat telah mendedahkan bahawa maklumat spatial yang jelas pada skala yang relevan adalah penting untuk menyediakan maklumat yang lebih baik bagi memudahkan dan mempercepatkan proses membuat keputusan untuk mengurangkan risiko bencana.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah',Ph.D.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah'
Pages: 272
Call Number: GB5014.N847 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Southeast Asia Disaster Prevention Research Institute / Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.