Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519626
Title: | Amalan at-Tadayyun dan pengaruhnya terhadap kompetensi Guru Pendidikan Islam sekolah menengah |
Authors: | Engku Zarihan Engku Abdul Rahman (P57747) |
Supervisor: | Mohd Aderi Che Noh, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Effective teaching |
Issue Date: | 27-Aug-2018 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap at-Tadayyun serta pengaruhnya terhadap kompetensi Guru Pendidikan Islam (GPI). At-Tadayyun merujuk sebagai pelaksanaan dan pengamalan agama oleh seseorang muslim di dalam kehidupannya sama ada secara individu dari aspek akidah, ibadah dan akhlak. Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap at-Tadayyun dan tahap kompetensi GPI, kemudian menganalisis perbezaan kedua-dua pemboleh ubah ini berdasarkan kepada faktor demografi iaitu jantina, lokasi sekolah dan kekerapan latihan dalam perkhidmatan. Selain itu, hubungan antara at-Tadayyun dengan kompetensi GPI dan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah dengan tempoh pengalaman mengajar juga turut menjadi tumpuan kajian. Akhirnya, sumbangan faktor-faktor peramal terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu kompetensi GPI turut diteliti. Seramai 530 orang GPI daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Teknik persampelan yang digunakan ialah multistage cluster sampling. Kajian ini merupakan kajian bentuk tinjauan yang menggunakan data kuantitatif sebagai data utama dan diperkayakan lagi dengan dapatan temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan tahap at-Tadayyun (m=4.375) dan kompetensi (min=4.322) GPI berada pada tahap sangat tinggi. Analisis ujian-t mendapati tiada perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua pemboleh ubah berdasarkan jantina dan lokasi sekolah. Manakala analisis ANOVA mendapati wujud perbezaan yang signifikan bagi pemboleh ubah at-Tadayyun dan kompetensi berdasarkan kekerapan latihan dalam perkhidmatan. Seterusnya, ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan antara at-Tadayyun dengan kompetensi dengan kekuatan sederhana (r=0.552). Analisis korelasi Pearson at-Tadayyun berdasarkan tempoh pengalaman mengajar menunjukkan tiada hubungan yang signifikan (r=-0.025) manakala analisis korelasi Pearson kompetensi berdasarkan tempoh pengalaman mengajar pula mendapati hubungan yang signifikan namun sangat lemah dengan mencatat jumlah kekuatan (-0.013). Kajian ini menyumbang 32.1% kepada kompetensi GPI dari dimensi profesionalisme dan dimensi keilmuan, serta 31.4% dari dimensi kemahiran pengajaran dengan 2 daripada 3 faktor menjadi peramal kepada kompetensi GPI. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tahap at-Tadayyun mempengaruhi kompetensi GPI. Kajian ini memberi implikasi kepada model kompetensi, IPG, penggubal dasar, sekolah dan GPI sekolah menengah di Semenanjung Malaysia.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. |
Pages: | 379 |
Call Number: | LB1025.3.E634 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.