Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519621
Title: Kepimpinan dan kecerdasan emosi dalam kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Awam Malaysia
Authors: Rosma Ayu Harun (P75406)
Supervisor: Noriah Mohd Ishak, Prof. Datuk Dr.
Keywords: Emotions
Issue Date: 17-May-2018
Description: Pendekatan kajian mixed method (kuantitatif dan kualitatif) ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan dan kecerdasan emosi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Awam (UA) Malaysia. Dua ratus tiga puluh lapan orang ahli MPP telah dipilih sebagai sampel kajian dengan mengadaptasi teknik asas (elementary sampling marble from jar) di mana dua universiti awam dipilih bagi setiap zon. Data kuantitatif telah dikumpulkan menggunakan dua jenis instrumen iaitu Ayu-Noriah Student Leadership Audit Trail Inventory (SLATI) dan Inventori Kepintaran Emosi Malaysia-Dewasa (IKEM-MEQI). Data telah dianalisis secara deskriptif (min dan peratusan) dan melalui statistik inferensi (Ujian-t, MANOVA sehala dan dua hala, Korelasi Pearson r dan Regresi Berganda) dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Kajian kualitatif dijalankan bagi menyokong kajian kuantitatif di mana adalah untuk melihat bagaimanakah hubungan antara kepimpinan dengan setiap subdomain pengurusan personal dan pengurusan sosial kecerdasan emosi itu terbentuk. Data temu bual telah dianalisis menggunakan perisian NVivo11. Dapatan kajian kepimpinan menunjukkan bahawa subjek memperoleh skor peratus yang tinggi bagi ketujuh-tujuh faktor kepimpinan. Dapatan kajian kecerdasan emosi pula menunjukkan, subjek mendapat skor yang tinggi dalam empat daripada lima domain kecerdasan emosi (Regulasi Kendiri, Motivasi Kendiri, Empati dan Kemahiran Sosial). Subjek mendapat skor yang sederhana tinggi bagi domain Kesedaran Kendiri. Hasil analisis bagi subdomain menunjukkan subjek memperoleh 17 daripada 28 subdomain KE di tahap yang tinggi dan 11 subdomain pula berada di tahap sederhana tinggi. Analisis ujian-t pula menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kepimpinan dan pengurusan personal dan sosial KE untuk subjek yang berlainan bangsa, tahap umur, program pengajian dan jantina. Begitu juga dengan analisis MANOVA, analisis tersebut menunjukkan tidak wujud kesan interaksi yang signifikan antara faktor demografi ke atas kepimpinan dan kecerdasan emosi bagi subjek kajian. Analisis Korelasi Pearson r menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor kepimpinan dengan domain pengurusan personal dan sosial kecerdasan emosi (p>0.05). Analisis regresi berganda pula menunjukkan bahawa kelima-lima domain kecerdasan emosi menjadi faktor penyumbang kepada kepimpinan subjek. Hasil analisis regresi juga menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pengurusan personal dan pengurusan sosial KE, semakin tinggi tahap kepimpinan subjek. Dapatan data kualitatif telah menghasilkan 129 tema yang menggambarkan hubungan antara kepimpinan dengan domain-domain kecerdasan emosi. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa domain-domain kecerdasan emosi menjadi penyumbang kepada kepimpinan Ahli MPP UA Malaysia. Cadangan agar kajian ini diperluaskan lagi untuk melihat perbezaan tahap kepimpinan antara pemimpin pelajar universiti awam dengan universiti swasta. Modul kepimpinan dan kecerdasan emosi juga turut dicadangkan agar dimasukkan di dalam silibus ko-kurikulum di IPT.,Ph.D.
Pages: 370
Call Number: BF561.R647 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kepimpinan dan kecerdasan emosi dalam kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Awam Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.