Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519620
Title: Amalan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi Bidayuh
Authors: Celinea Lasan (P71484)
Supervisor: Zamri Mahamod, Prof. Dr.
Keywords: Bahasa Melayu
Malay language -- Study and teaching
Issue Date: 5-Feb-2018
Description: Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu di sekolah rendah yang dilaksanakan secara kajian kes terhadap murid peribumi Bidayuh di Sarawak. Kajian ini memberi fokus terhadap amalan pembelajaran dalam kalangan murid peribumi Bidayuh. Selain itu, bahan bacaan, jenis bacaan dan proses memahami dan menaakul kemahiran membaca bahasa Melayu murid peribumi Bidayuh juga diberi tumpuan. Pelaksanaan amalan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu dalam konteks bilik darjah di Sekolah Kebangsaan juga turut dibincangkan. Maklum balas terhadap penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi Bidayuh juga diambil kira dalam kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada lapan orang murid peribumi Bidayuh di Sekolah Kebangsaan dan empat orang guru bahasa Melayu. Pemilihan peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian pembelajaran di dalam bilik darjah, analisis dokumen dan nota lapangan pengkaji. Data dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti Mac versi 1.6.0 (484), dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pembelajaran dalam kalangan murid peribumi Bidayuh melibatkan pembelajaran berkumpulan, pengukuhan pengalaman dan pencapaian matlamat. Di samping itu, kajian juga mendapati amalan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan pula melibatkan pelbagai bahan bacaan, pelbagai jenis cara membaca serta menekankan proses pemahaman dan penaakulan maklumat melalui strategi penyoalan, penjelasan, perumusan, dan peramalan. Kajian ini juga mendapati pelaksanaan amalan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu dalam konteks bilik darjah di Sekolah Kebangsaan menggalakkan penyatuan pelbagai kaum, integrasi murid, pembelajaran murid dalam bahasa Melayu, pembelajaran murid dipengaruhi oleh persekitaran, dan menggalakkan interaksi murid di bilik darjah. Maklum balas terhadap masalah penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid peribumi pula mendapati murid lemah memahami isi kandungan teks dan lemah dalam kelancaran membaca. Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah penguasaan kemahiran membaca termasuk langkah-langkah menangani masalah juga dikenal pasti. Implikasi dan cadangan kajian lanjutan dalam pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu turut dikemukakan. Penemuan akhir kajian menghasilkan sebuah model amalan pembelajaran timbal balik kemahiran membaca bahasa Melayu murid peribumi Bidayuh. Model amalan pembelajaran timbal balik kemahiran membaca ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan guru-guru bahasa Melayu dalam membantu murid peribumi Bidayuh meningkatkan penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 412
Call Number: PL5070.C335 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.