Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519596
Title: Pendekatan psikologi dakwah menangani histeria remaja Muslim di Selangor
Authors: Intan Farhana binti Saparudin (P58295)
Supervisor: Fariza Md. Sham, Prof. Madya Dr.
Keywords: Gejala histeria
Da'wah (Islam) - Psychological aspects.
Issue Date: 13-Apr-2015
Description: Gejala histeria dalam kalangan remaja di Malaysia merupakan epidemik sosial yang telah lama berlaku dalam masyarakat. Kejadian tersebut mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, psikologi, jasmani dan spiritual remaja. Pelbagai pendekatan pencegahan dilakukan oleh remaja dan pihak sekolah dalam menangani gejala yang berlaku, namun tidak menunjukkan pengurangannya. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep histeria, menganalisis faktor dan simptom histeria remaja, mengenal pasti pendekatan psikologi dakwah untuk menangani histeria, mengkaji kaedah pencegahan yang dilakukan remaja terhadap gejala histeria serta menganalisis hubungan antara faktor, simptom dan langkah pencegahan. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Seramai 122 orang responden yang mengalami histeria dari 10 buah sekolah di Selangor dipilih secara persampelan kelompok dan seramai 9 orang pelajar yang mengalami histeria ditemu bual. Temu bual turut dijalankan terhadap kaunselor, pakar psikiatri dan perawat perubatan Islam bagi menyokong dapatan kajian. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor histeria dalam kalangan remaja Muslim iaitu faktor psikologi, tekanan keluarga dan persekitaran, kepercayaan dan kebudayaan dan amalan keagamaan. Manakala dari aspek simptom, terdapat tiga bentuk simptom iaitu simptom gangguan emosi, psikiatri dan gangguan makhluk halus. Dari sudut pencegahan, remaja yang mengalami histeria kerap menggunakan pencegahan secara tazkiyah al-nafs, perawatan Islam dan psikiatri. Hasil analisis hubungan antara faktor dan simptom histeria mendapati faktor yang berhubung secara signifikan dengan ketiga-tiga simptom histeria adalah faktor psikologi, tekanan persekitaran dan kepercayaan dan kebudayaan. Manakala dari aspek pencegahan terdapat hubungan yang signifikan antara pencegahan tazkiyah al-nafs dan perawatan Islam dengan simptom gangguan emosi. Implikasi kajian dapat membantu pelbagai pihak dalam menangani punca dan simptom histeria remaja dengan menggunakan pendekatan psikologi dakwah.,Ph.D
Pages: 351
Call Number: BP170.85.I55 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.