Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519595
Title: Penguasaan dan permasalahan pembelajaran balaghah peringkat SPM di SMKA dan SABK Negeri Melaka
Authors: Anuar bin Sopian (P56649)
Supervisor: Salmah binti Ahmad,Prof. Madya Dr
Keywords: Ilmu balaghah
Arabic language - Rhetoric.
Issue Date: 19-Apr-2015
Description: Ilmu balaghah merupakan salah satu komponen daripada komponen-komponen mata pelajaran bahasa Arab di peringkat SPM yang menjadi masalah kepada pelajar untuk menguasai bahasa Arab. Merujuk kepada analisa keseluruhan perbandingan kualiti A peperiksaan SPM bagi matapelajaran bahasa Arab di peringkat negeri Melaka dari tahun 2009 hingga tahun 2013 menunjukkan pencapaian yang masih pada tahap yang kurang memuaskan. Justeru, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti minat pelajar terhadap pembelajaran ilmu balaghah, mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar, keberkesanan pembelajaran, penerimaan pelajar terhadap bentuk penilaian yang dilaksanakan, menganalisis tahap penguasaan pelajar dalam pembelajaran balaghah dan kesesuaian pelaksanaan kandungan sukatan pelajaran dan buku teks dalam yang di dalamnya komponen balaghah SPM. Seramai 246 orang pelajar tingkatan lima dipilih sebagai responden kajian daripada jumlah keseluruhan 632 orang pelajar di SMKA dan SABK seluruh negeri Melaka. Rekabentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik, Ujian Pencapaian Balaghah (UPB), temu bual dan analisis dokumen untuk memungut data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa minat pelajar untuk mempelajari ilmu balaghah adalah di tahap sederhana. Pelajar juga didapati bermasalah untuk memahami ketiga-tiga cabang ilmu balaghah iaitu al-Macāni, al-Bayān dan al-Badīc. Selain itu pelajar merasakan pengajaran guru masih belum berkesan bagi memberikan kefahaman kepada mereka berkaitan ilmu balaghah ini. Di samping itu, penerimaan pelajar terhadap bentuk penilaian yang dilaksanakan dan penguasaan pelajar terhadap ilmu balaghah ini adalah di tahap sederhana. Mereka hanya dapat menguasai pengetahuan umum mengenai ilmu-ilmu balaghah sahaja. Manakala objektif kandungan sukatan pelajaran komponen balaghah SPM hanya dinyatakan secara umum tanpa digariskan secara lebih terperinci. Tiada keselarasan antara Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Penumpuan yang diberikan dalam objektif sukatan pelajaran (SP) komponen balaghah lebih banyak kepada aspek efektif dan aspek kognitif tidak diberikan penekanan secara khusus. Sedangkan di dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) penumpuan adalah sebaliknya. Kajian ini mendapati kedua-dua buah buku teks tingkatan empat dan lima yang di dalamnya komponen balaghah ditulis mengikut gaya penulisan bebas. Format penulisannya selaras antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. Implikasi kajian ini dapat menambah maklumat tentang situasi pengajaran dan pembelajaran ilmu balaghah di negara ini khususnya di peringkat SPM. Selain itu dapat membantu pihak-pihak berkenaan untuk mengambil tindakan susulan dan inisiatif sewajarnya bagi penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran balaghah dan kurikulum yang sedia ada serta menjadi panduan kepada punulis-penulis buku teks yang berkaitan ilmu balaghah di sekolah.,Ph.D
Pages: 305
Call Number: PJ6161.A557 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.