Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519593
Title: | Pemikiran fikah Haron Din dalam kehidupan masyarakat |
Authors: | Ab Khalim Marlan (P44837) |
Supervisor: | Hashim Mehat, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Ulama Fikah Haron Din Datuk 1940-2016 |
Issue Date: | 5-Mar-2015 |
Description: | Haron Din merupakan seorang tokoh ilmuan yang berjaya di negara ini. Beliau juga merupakan tokoh ulama yang menjadi tempat rujukan yang disegani dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul, khususnya dalam persoalan fikah, kerana penguasaan ilmu agama beliau yang sangat tinggi. Namun kajian pemikiran fikah Haron Din adalah suatu yang baru. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji latar belakang dan keperibadian Haron Din serta menganalisis pemikiran fikah beliau. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan instrumen analisis dokumen dan kaedah temubual sebagai metode pengumpulan data. Segala hasil maklumat kajian ini diperolehi daripada rujukan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dibuat oleh pengkaji seperti buku-buku, artikel, suratkhabar, majalah, temubual dengan ahli keluarga Haron Din, sepuluh orang pelajar beliau dalam bidang ilmu perubatan dan rawatan secara Islam. Malahan turut diperolehi daripada kalangan masyarakat sekitar pusat-pusat rawatan dan perubatan secara Islam Darussyifa' di Bangi dan Olak Lempit, Kuala Langat Selangor. Hasil kajian melalui kaedah temubual bersama pelajar-pelajar tersebut, menunjukkan bahawa beliau amat berpegang kepada mazhab Shafici dan mengutamakan pendapat daripada ulama mazhab al-Shaficiyyah. Namun demikian, beliau juga amat terbuka dalam menerima pendapat daripada imam-imam mazhab yang lain. Selain itu, kajian ini juga mendapati Haron Din amat teliti dalam memilih dalil-dalil yang menjadi sandaran hujah beliau. Beliau juga amat menekankan kepentingan dalam memahami maqāşid sharī'ah serta berkemampuan menggunakan kepelbagaian metode penulisan dalam menghasilkan karya fikah beliau. Implikasi kajian ini adalah memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang penulisan Haron Din berkaitan dengan pemikiran fikah beliau yang dapat digunapakai sebagai bahan rujukan kepada kehidupan masyarakat.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 155 |
Call Number: | BP80.H366.A235 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.