Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519591
Title: Pengaruh pemikiran politik Muslim moden terhadap pemikiran politik Hamka
Authors: Musa Syarof (P32334)
Supervisor: Idris Zakaria,Prof. Dr.
Keywords: Politik Hamka
Politik Muslim
Islam and politics - 20th century.
Issue Date: 5-Jan-2015
Description: Hamka lebih dikenali sebagai seorang sasterawan dan pujangga Islam yang sangat produktif menulis buku, berbanding sebagai seorang ahli politik. Hamka telah menulis lebih daripada 110 tajuk dalam pelbagai bidang termasuk buku-buku roman. Bagaimanapun, pemikiran politik Hamka didapati terpengaruh dengan pemikiran politik Muslim moden. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti pemikiran dan corak pemikiran politik Islam Hamka yang termaktub dalam tulisan-tulisannya, sama ada dalam bentuk buku, kertas kerja, autobiografi, biografi, mahupun komen pemerhati politik terhadap pemikiran beliau, serta mengkaji pemikiran tokoh-tokoh pemikir politik Islam moden dan sejauhmana pengaruhnya terhadap corak pemikiran politik Islam Hamka. Kajian ini memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Oleh kerana itu, pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen, kemudian dianalisis melalui pendekatan analisis induktif, deduktif dan komparatif iaitu dengan mendialogkan pemikiran Hamka tersebut dengan pemikiran para pemikir politik Islam moden dan tokoh politik Islam yang lain, sama ada dari segi persamaan mahupun perbezaan. Hasil kajian ini mendapati pemikiran politik Islam Hamka adalah cukup lengkap, sepadu dan utuh terhadap prinsip siya>sah dustu>riyyah, siya>sah dawliyyah dan siya>sah ma>liyyah. Kajian ini juga menunjukkan pengaruh yang kuat daripada pemikiran politik Muslim moden terhadap corak pemikiran politik Islam Hamka. Pada masa yang sama kajian ini juga mendapati bahawa Hamka boleh dikategorikan ke dalam kumpulan Nasionalis Muslim yang menyatakan adanya keterikatan antara Agama dan Negara. Implikasi daripada dapatan kajian ini menegaskan perlunya penerapan ijtihad yang berterusan melalui pelbagai kaedahnya bagi memastikan kejayaan politik umat Islam di masa hadapan, sebagaimana Hamka menyebutkan ada dua kaedah utama dalam hukum Islam yang perlu terus diaplikasikan dan dikembangkan bagi mas}lah}at bersama sesuai keadaan, tempat dan masanya iaitu: al-mas}a>lih} al-mursalah dan sadd al-dharai.,Ph.D
Pages: 347
Call Number: BP173.7.M846 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.