Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519582
Title: Pembelajaran berasaskan permainan digital (PBPD) bagi pendidikan literasi jawi berasaskan model motivasi
Authors: Noor Azli Mohamed Masrop (P38161)
Supervisor: Nor Azan Mat Zin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Educational games
Education -- Computer-assisted instruction
Jawi alphabet
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jan-2014
Description: Permainan digital mempunyai daya tarikan yang kuat terhadap pemain dan boleh meningkatkan motivasi mereka untuk terus bermain. Oleh itu, permainan digital berpotensi untuk menjadikan pembelajaran menarik dan berkesan. Walaubagaimanapun dapatan kajian lampau menunjukkan bahawa keberkesanan perisian permainan dalam pendidikan membaca awal Jawi masih kurang jelas. Jawi merupakan tulisan bahasa Melayu rasmi yang digunakan dalam urusan pentadbiran, perjanjian dan hubungan surat menyurat pada zaman keagungan kesultanan Melayu Melaka. Namun begitu penguasaan kemahiran membaca Jawi dalam kalangan masyarakat Melayu merosot apabila Inggeris menjajah Semenanjung Tanah Melayu. Jawi diguna semula untuk mengajar Pendidikan Islam dan program JQAF. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa masih terdapat masalah dari segi keupayaan, minat serta motivasi pelajar dan masyarakat Melayu untuk membaca bahan-bahan bertulisan Jawi. Maka satu pendekatan pembelajaran Jawi yang berkesan dan menarik diperlukan. Oleh itu kajian ini dilaksanakan untuk mereka bentuk perisian pembelajaran berasaskan permainan digital (PBPD) bagi literasi membaca awal Jawi. Khususnya objektif kajian ini ialah untuk: (1) mereka bentuk sebuah model motivasi pembelajaran Jawi berasaskan permainan digital; (2) membangunkan protaip PBPD literasi membaca awal Jawi berasaskan model motivasi; dan (3) menilai keberkesanan protaip MyJawiGame. Metodologi kajian ini adalah hasil ubahsuai model reka bentuk berarahan ADDIE, model pembangunan perisian penceritaan digital dan model pembangunan perisian permainan digital, merangkumi fasa analisis, reka bentuk, pembangunan dan penilaian. Penilaian protaip MyJawiGame dilaksana menggunakan pendekatan eksperimen separa kaedah ujian pra-pasca dan teknik pemerhatian, soal selidik serta temu bual. Aspek yang dinilai adalah keberkesanan MyJawiGame dalam meningkatkan prestasi kemahiran literasi Jawi dan motivasi pelajar. Penilaian melibatkan 53 orang pelajar yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen yang terdiri daripada 27 orang sampel menggunakan perisian MyJawiGame, manakala 26 sampel kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran yang setara secara konvensional menerusi pengajaran guru. Data kajian yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan ujian bukan parametrik Wilcoxon T dan Mann-Whitney U. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara dua kumpulan tersebut dari segi pencapaian dan motivasi. Pencapaian kumpulan eksperimen didapati lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan (z=-2.858, p=0.004). Pelajar kumpulan eksperimen didapati lebih bermotivasi untuk belajar Jawi berbanding pelajar kumpulan kawalan (z=-2.202, p=0.028). Motivasi pelajar semasa mengguna myJawiGame pada kali pertama didapati tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding selepas mereka menggunakannya beberapa kali (z=0.302, p=.763). Motivasi pelajar ketika menggunakan MyJawiGame juga dapat dikekalkan walaupun setelah menggunakan perisian ini beberapa kali. Penyelidikan ini menyumbang: (i)Model motivasi pembelajaran Jawi berasaskan permainan digital; (ii) Reka bentuk antara muka perisian MyJawiGame; (iii) Metodologi penilaian PBPD bagi responden kanak-kanak, dan (iv) instrumen kajian (Soal selidik motivasi pelajar, Soal selidik motivasi terhadap MyJawiGame, Senarai Semak Motivasi Pembelajaran Murid, dan Senarai Semak Literasi Komputer ).,Ph.D.,Salinan lembut tidak boleh dimuatnaik
Pages: 306
Call Number: LB1029.G3N646 2014 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.