Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519571
Title: Hukum hakam pengurusan hutang di Institusi Kewangan Islam "kajian fiqh perbandingan"
Authors: al-Dulaymi Fuad Hamid (P50648)
Supervisor: Dr. Sufian bin Ahmad
Keywords: Pengurusan hutang
Krisis kewangan
Institusi Kewangan Islam
Debt relief (Islamic law)
Issue Date: 10-Jul-2013
Description: Pengurusan hutang di institusi kewangan dianggap antara penyebab berlakunya krisis kewangan akhir-akhir ini. Permasalahan kajian dapat dilihat melalui usaha yang dilakukan oleh beberapa pakar yang mengkaji perjalanan bank konvensional serta cuba mengaplikasikan pengalaman bank konvensional terhadap bank Islam. Keadaan ini melahirkan satu permasalahan besar di bank-bank Islam. Oleh itu, perlu untuk diberikan penjelasan tentang hukum hakam mengenai pengurusan hutang di institusiinstitusi kewangan Islam. Kepentingan kajian ini dapat dilihat kepada konsep hutang yang merupakan paksi atau kerangka dalam pembentukan kontrak-kontrak muamalat. Di samping itu, institusi kewangan Islam perlu dikawal segala interaksinya yang banyak berkait dengan hutang. Kajian tentang permasalahan hutang ini juga melibatkan konsepnya yang umum termasuk masalah harta dan hak, tidak kira sama ada ia adalah hak Allah atau hak hamba. Oleh itu, amatlah perlu untuk dilakukan kajian tentang isu-isu hutang yang berkait dengan institusi kewangan Islam kerana ia amat hampir dan banyak terkesan serta terjejas dengan krisis kewangan yang berlaku. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji permasalahan-permasalahan hutang dan menjelaskan apakah yang dibolehkan, dan merealisasikan peningkatan bagi institusiinstitusi kewangan Islam agar tidak terjejas dengan kesan-kesan yang negatif, serta menangani pengurusan yang melibatkan elemen yang tidak halal dengan menyediakan alternatif yang dibenarkan syarak. Kajian ini menggunakan metode induksi dengan mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan dengan permasalahan kajian, kemudian maklumat-maklumat tersebut dianalisis, dan akhirnya pendapat paling kuat diterangkan setelah dilakukan perbandingan antara pandangan-pandangan yang dikemukakan. Kajian ini juga menggunakan metode aplikasi bagi melihat situasi penting yang diaplikasikan di institusi-institusi kewangan. Kajian ini mencapai beberapa dapatan, antaranya: hutang dan pinjaman, kedua-duanya terikat dari sudut hukum ketika berlaku pensyaratan penambahan dan pemerolehan manfaat terhadap kedua-duanya; tindakan institusi kewangan Islam menjual hutang, proses upahan dan mudarabah kepada Bank Pusat adalah dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu; manakala hutang tawaran dan murabahah bertangguh mestilah berlaku secara tunai; gadaian bon (sukuk) hendaklah berdasarkan aset wujud yang ada, iaitu sama ada gadaian itu dilakukan terhadap bahagian tidak tertentu atau gadaian terhadap hutang, yang kedua-duanya adalah dibolehkan; dan bahawa ibra' (memberi pengurangan) kepada yang berhutang yang mengalami kesukaran dengan memotong kadar hutangnya daripada denda kelewatan membayar yang diambil atas nama sedekah adalah dibolehkan dengan beberapa syarat.,Disposal of debts at Islamic Financial Institutions is considered as one of the issues which were aroused by the last financial crisis. Research problem is represented by some specialists' efforts to look closely at Conventional Banks and their experiences, and then, to apply them in Islamic Banks. This, in fact, leads to create some big problems at Islamic Financial Institutions. So, it becomes our duty and obligatory to demonstrate the rules of disposal of debts of the Islamic Financial Institutions. Importance of this research becomes clearer since: firstly debt represents the vital nerve in the structure of contracts and transaction, secondly; controlling transactions at Islamic Financial Institutions depends greatly on debts, and thirdly searching in debts is related to rights of Allah and those of people, which necessitates defining such research and its relations with Islamic Financial Institutions, which were affected by the last financial crisis worldwide. That is why I have focused on studying issues of debt, showing what is permissible and can help Islamic Financial Institutions without any negative results and tackling forbidden matters via producing some legal substitutes. As for my method of research, I have adopted the inductive method for the purpose of collecting facts and data that which related to the target issue, and then, analyzing such information so as to reach the preponderant opinions depending on comparison and applied cases at Financial Institutions. In conclusion, I have reached to the following results :firstly; Shari'ah ruling of Qard and debt are related to increase and benefit ; secondly: selling debts of Mudarabah and Ijarah are Halal within a set of conditions: thirdly; debts of deferred Musawamah and Murabahah should be in spot, fourthly: Mortgaged Sukuk are legal as long as they are for debts and public property, and lastly, absolving a defaulter via deducting his debt from outage costs which are taken as a charity is permissible ,but within some limitations.,Ph.D
Pages: 276
Call Number: BP158.D435 D837 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.