Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519486
Title: Sifat Mekanik Dan Terma Nanokomposit Hdpe/Nr-Berpengisi Nanozarah Tanah Liat Silikat Berlapis
Authors: Engku Zaharah Engku Zawaw (P40996)
Supervisor: Sahrim Hj. Ahmad, Prof. Dr. Hj.
Keywords: Sifat Mekanik Dan Terma Nanokomposit
Nanokomposit Hdpe/Nr-Berpengisi Nanozarah Tanah Liat Silikat Berlapis
Hdpe/Nr-Berpengisi
Nanozarah Tanah Liat Silikat Berlapis
Nanochemistry
Issue Date: 10-Jan-2013
Description: Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan penambahan pengisi nanozarah tanah liat silikat berlapis ke atas sifat mekanik, terma dan morfologi nanokomposit termoplastik getah asli (TPNR). Nanokomposit telah disediakan daripada adunan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan getah asli (NR) dan nanozarah tanah liat sebagai pengisi secara kaedah pengadunan leburan menggunakan mesin pencampur dalaman (Haake Rheomix 600p). Adunan matrik TPNR telah disediakan dengan komposisi HDPE kepada NR pada nisbah 70:30 dengan 10% getah asli cecair (LNR) sebagai agen penserasi diantara HDPE dan NR. Maleik anhidrida tercangkuk polietilena berketumpatan tinggi (MAgPE) pula telah ditambahkan ke dalam nanokomposit sebagai penserasi antara pengisi dan matrik. Kesan parameter pemprosesan yang optimum seperti suhu, kelajuan putaran rotor dan masa pengadunan ke atas sifat regangan telah dikaji. Keputusan menunjukkan suhu pemprosesan 160 oC dengan kelajuan putaran rotor 80 rpm dan masa pengadunan 12 minit, adalah parameter yang optimum untuk mengadun komposit ini. Kesan kelajuan rotor ke atas sifat nanokomposit menunjukkan pada suhu 160 oC, kekuatan regangan menurun sebanyak 6% apabila kelajuan rotor ditingkatkan daripada 80 ke 100 rpm. Keputusan kekuatan regangan menunjukkan, kandungan pengisi 3 % berat adalah merupakan kandungan yang optimum bagi pengisi nanozarah Cloisite dan Na+. Penambahan sebanyak 5 %bt pengisi I.44P telah meningkatkan modulus Young dan kekuatan regangan TPNR ini masing-masing sebanyak kepada 54 dan 42%, tetapi telah menurunkan nilai terikan putus. Kekuatan hentaman Izod pula didapati telah menurun dengan peningkatan kandungan nanozarah tanah liat. Keputusan XRD menunjukkan peralihan puncak kepada sudut yang lebih rendah dengan peningkatan dalam jarak-d. Pemerhatian ini disokong oleh imej TEM yang menunjukkan pengisi dapat diserakkan dengan seragam di dalam matrik TPNR dan nanokomposit yang terbentuk adalah berstruktur interkalari. Analisis TGA menunjukkan kesetabilan terma matrik polimer telah meningkat dengan penambahan pengisi. Keputusan DSC menunjukkan nanozarah tanah liat organo tidak bertindak sebagai agen penukleusan kepada matrik TPNR. Penambahan penserasi (MAgPE) didapati telah membantu lapisan nanozarah tanah liat silikat terserak dengan lebih baik di dalam matrik dengan menunjukkan peningkatan dalam nilai tegasan nanokomposit 5 % berat I.44P sehingga 40% serta meningkatkan dengan ketara nilai modulus storan, E'. Kaedah ��kerja perlu untuk patah�� (EWF) telah digunakan bagi menilai keliatan patah nanokomposit. Didapati model ini sesuai digunakan dan nanokomposit telah mengalami kegagalan dalam mod mulur. Keputusan nilai kerja spesifik (we) nanokomposit menurun dengan peningkatan kandungan pengisi dan meningkat dengan penambahan penserasi MAgPE.,PhD
Pages: 191
Call Number: QC176.8.N35 .E547 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.