Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519476
Title: Kesantunan berbahasa dalam pengurusan
Authors: Melor Fauzita Md. Yusoff (P43906)
Supervisor: Teo Kok Seong, Profesor Dato' Dr.
Keywords: Kesantunan berbahasa
Berbahasa dalam pengurusan
Kesantuan bahasa dalam pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 14-May-2014
Description: Kajian ini bertujuan menghuraikan dan menjelaskan amalan kesantunan berbahasa dalam bidang pengurusan. Tumpuan kajian adalah kepada tahap kesantunan berbahasa berdasarkan dua aspek utama iaitu ungkapan-ungkapan khusus yang menandakan kesantunan berbahasa dan sistem sapaan. Kajian adalah berdasarkan 348 dokumen pengurusan yang terdiri daripada surat, pekeliling, memo dan notis am yang diperoleh daripada sembilan jabatan kerajaan di Malaysia seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pelajaran, hospital, balai polis, pejabat pos dan perpustakaan di negeri Kedah, Kelantan, Selangor, Johor dan Sabah. Dapatan kajian dibincangkan dari aspek sosiolinguistik. Tahap kesantunan berbahasa yang digunakan dianalisis berdasarkan kerangka konseptual tahap kesantunan berbahasa yang dibentuk. Analisis sistem sapaan pula adalah berdasarkan Amat Juhari dan Awang. Secara amnya, dapatan penggunaan tahap kesantunan berbahasa adalah tergolong dalam kategori halus. Namun begitu, penggunaan tahap kesantunan berbahasa oleh pengurus ini masih boleh diperbaiki. Ini kerana, dapatan mendapati penggunaan ungkapan khusus yang menandakan kesantunan, sebilangan besarnya berada pada tahap HS iaitu sebanyak 63.35%, sementara penggunaan tahap KH pula melebihi tahap HTT sebanyak 3.48%. Keadaan ini menunjukkan golongan pengurus, yang bertanggungjawab sebagai pengeluar dokumen masih kurang peka dengan pemilihan perkataan yang melibatkan kesantunan dalam berbahasa. Berbeza dengan sistem sapaan, terutama daripada aspek KGND dan gelaran, dapatan mendapati penulis begitu mengambil berat terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem sapaan ini. Walaupun masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki namun, catatan peratusan yang tinggi bagi penggunaan KGND dan gelaran yang tepat dan sesuai dengan hubungan sosial dan konteks bahasa digunakan menyerlahkan penggunaan kesantunan berbahasa golongan ini. Dapatan, secara tidak langsung memberi gambaran nilai budaya masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap bersopan santun demi menjaga keharmonian sesama ahli masyarakat. Ia juga dilihat mampu menyumbang kepada bidang ilmu sosiolinguistik dalam konteks masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.,PhD
Pages: 320
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.