Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519473
Title: | Seni barzanji dan marhaban sebagai media dakwah: kajian terhadap golongan remaja di negeri Johor |
Authors: | Abdul Basit Samat@Darawi (P56641) |
Supervisor: | Siti Rugayah Tibek, Prof. Dr. |
Keywords: | Seni barzanji Seni marhaban Media dakwah Golongan remaja Johor Malaysia Islamic hymns |
Issue Date: | 26-Sep-2014 |
Description: | Seni barzanji dan marhaban adalah antara seni suara warisan Islam. Ia telah lama diamalkan dan menjadi suatu tradisi dalam masyarakat Islam di negara ini. Seni suara berperanan sebagai suatu wadah dalam menyampai mesej dakwah dan ini termasuk juga dengan seni barzanji dan marhaban. Seni suara warisan Islam ini dianggap sebagai satu media dakwah, isi kandungannya memaparkan tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan puji-pujian terhadapnya. Seni barzanji dan marhaban seharusnya diletakkan sebagai media dakwah yang berkesan dan menghidupkan kembali amalan ini dalam masyarakat. Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti sejauhmana pengetahuan dan minat golongan remaja terhadap seni barzanji dan marhaban. Kajian turut menganalisis pandangan golongan ini tentang kesesuaian seni barzanji dan marhaban sebagai media dakwah. Kajian juga melihat aspek hubungan antara pengetahuan dengan minat dan antara pengetahuan dengan penglibatan. Perbandingan turut dibuat mengikut jantina dan status sekolah. Kajian ini melibatkan responden seramai 328 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama seluruh negeri Johor (SMKA) iaitu SMKA Maahad Muar, SMKA Segamat, SMKA Johor Jaya dan SMKA Bandar Penawar. Jenis persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan remaja terhadap seni barzanji dan marhaban adalah tinggi iaitu min yang dicatatkan ialah 3.93. Tahap sederhana didapati pada aspek minat yang mana nilai min bagi konstruk tersebut ialah 3.43. Tahap kesesuaian seni barzanji dan marhaban sebagai media dakwah pada pandangan remaja adalah berada di tahap yang tinggi berdasarkan min yang diperolehi iaitu sebanyak 4.41. Terdapat hubungan positif sangat kuat antara minat dengan pengetahuan dan hubungan positif kuat antara pengetahuan dengan penglibatan. Ujian korelasi menunjukkan nilai ( r ) 0.870 pada hubungan antara minat dengan pengetahuan dan nilai ( r ) 0.679 pada hubungan antara pengetahuan dan penglibatan. Kajian menunjukkan terdapat persamaan tahap antara lelaki dan perempuan pada ketiga-tiga konstruk. Nilai min yang diperolehi dari kelompok pelajar sekolah kluster adalah lebih tinggi berbanding bukan dari sekolah kluster bagi ketiga-tiga konstruk. Pengetahuan golongan remaja tentang seni barzanji dan marhaban perlu dipertingkatkan bagi menimbulkan minat dan keinginan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan seni warisan Islam itu.,PhD |
Pages: | 223 |
Call Number: | BP183.5 .A233 2014 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.