Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519471
Title: | A service-oriented methodology for supply chain process modeling |
Authors: | Mohsen Mohammadi (P58733) |
Supervisor: | Muriati Mukhtar, Associate Prof. Dr. |
Keywords: | Service-oriented methodology Supply chain process modeling Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 20-Jul-2014 |
Description: | Ketidaktentuan dalam Pengurusan Rantai Bekalan (PRB) telah meningkatkan perubahan keperluan bisnes yang seterusnya menambah kekompleksan proses rantai bekalan. Maka mujudlah sistem teknologi maklumat yang pelbagai seperti Enterprise Resource Planning (ERP) dan Workflow Management System (WfMS). Model proses dan metric prestasi proses adalah unsure asas dalam pengurusan proses bisnes. Di sini, pemodelan proses adalah penting bagi menganalisis dan mereka bentuk proses, melaksana proses automasi dan memantau prestasi proses. Justeru terdapat banyak metodologi dan model rujukan dalam PRB yang dibangunkan bagi mengenalpasti keperluan dalam pemodelan proses rantai bekalan. Walau bagaimana pun, model rujukan serta kaedah sedia ada tidak boleh menangani perincian yang diperlukan dalam proses bisnes di peringkat koordinasi dan interaksi bagi proses rantai bekalan. Perkara ini boleh ditangani dengan mengambil pendekatan berorientasikan perkhidmatan yang menggunakan bahasa pemodelan proses. Penyelidikan ini bertujuan untuk mencadangkan metodologi berasaskan perkhidmatan bagi pemodelan proses rantai bekalan. Beberapa objektif dikenalpasti untuk mencapai matlamat ini. Objektif pertama adalah untuk menilai model rujukan berorientasi perkhidmatan sedia ada bagi mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk pemodelan proses rantai bekalan Oleh kerana pemodelan proses bisnes secara terperinci adalah penting dalam PRB dan oleh kerana tiada satu bahasa atau teknik pemodelan yang berupaya untuk mewakili secara holistik sesuatu proses bisnes, maka, objektif kedua kajian adalah untuk menilai kesesuaian teknik dan bahasa pemodelan sedia ada bagi menentukan gabungan bahasa dan teknik yang sesuai digunakan dalam metodologi yang dicadangkan. Akhir sekali objektif kajian ini adalah untuk mecadangkan metodologi berorientasikan perkhidmatan bagi pemodelan proses rantai bekalan sebagai satu artefak baru dan seterusnya menunjukkan penggunaannya. Pendekatan yang diguna dalam kajian ini adalah pendekatan Design Science. Dalam pendekatan ini, tiga fasa berbeza dikenal pasti, iaitu reka bentuk dan pembangunan, demonstrasi dan penilaian. Dalam fasa pertama, kesusasteraan berkenaan model rujukan dalam PRB, Senibina Berorientasi Perkhidmatan dan teknik pemodelan bisnes telah dikaji. Ini menjadi asas bagi pembangunan metodologi baru yang dicadang yang dikenali sebagai artefak dalam istilah Design Science. Dalam fasa kedua, artefak telah digunakan dalam beberapa kajian kes untuk menunjukkan kebergunaannya. Data bagi kajian kes dikutip melalui pemerhatian dan temubual dengan pengurus dan pihak berkepentingan yang lain. Akhir sekali dalam fasa penilaian, artefak telah dinilai oleh dua belas pakar. Kaedah penilaian adalah berdasarkan kepada Technology Acceptance Model (TAM), dengan menggunakan tiga konstruk iaitu Perceived Ease of Use (PEOU), Perceived Usefulness (PU), dan Intention to Use (ITU). Hasil menunjukkan yang artefak adalah berguna dan mudah untuk digunakan. Dengan menggunakan GSCF dan helaian kerja proses bisnes yang piawai, artefak yang dicadang menunjukkan yang ia berupaya untuk menjadi penghubung bagi pengguna bisnes dan juruanalisa proses dalam domain PRB. Artefak ini berupaya untuk merapatkan jurang antara juruanalisa proses dengan pembangun sistem maklumat dengan menggunakan gabungan bahasa pemodelan iaitu IDEF0 (pemodelan fungsi), UML (rajah use case dan rajah sequence) dan BPMN untuk menghasilkan satu perspektif yang lebih jelas bagi proses bisnes dalam sesebuah rantai bekalan.,PhD |
Pages: | 273 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.