Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519465
Title: Pembasmian kemiskinan melalui proses pembahagian beras miskin di bandar Pekanbaru Riau Indonesia
Authors: Swis Tantoro (P51886)
Supervisor: Jamaluddin Md. Jahi, Profesor Datuk Dr.
Keywords: Pembasmian kemiskinan
Proses pembahagian beras miskin
Pembahagian beras miskin
Bandar Pekanbaru
Riau
Indonesia
Poverty--Government policy--Indonesia--Riau (Province)
Issue Date: 10-Oct-2014
Description: Usaha pemerintah untuk membasmi kemiskinan melalui bantuan beras untuk keluarga miskin (Raskin), sejak tahun 2002 hingga kini masih terus dilaksanakan, namun hasilnya dipandang belum efektif, kerana sudah 11 tahun program Raskin berlangsung, masih ada gendala yang dihadapi dalam pembahagian Raskin. Proses pelaksanaan pembahagian Raskin untuk keluarga miskin dan gendala dalam pembahagian Raskin. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti kesan bantuan pemerintah berupa beras (Raskin) terhadap pembasmian kemiskinan dan memberi penilaian terhadap gendala dalam pelaksanaan pembahagian Raskin. Penyelidikan ini dilakukan di Bandar Pekanbaru Provinsi Riau Indonesia. Kawasan penyelidikan dilakukan di 7 (tujuh) kecamatan (ada 18,947 ketua keluarga miskin) daripada 12 (dua belas) kecamatan yang ada di Bandar Pekanbaru, dengan alasan tujuh kecamatan tersebut merupakan kecamatan yang ramai dihuni oleh ketua keluarga miskin. Sampel diperolehi 100 ketua keluarga miskin penerima Raskin. Maklumat dikumpulkan melalui teknik pengumpulan data kajiselidik, dianalisis secara kuantitatif menggunakan SPSS dengan uji regresi sederhana dan disokong dengan analisis kualitatif, menggunakan temubual mendalam melalui informan utama seramai 10 orang. Hasil uji SPSS menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang significant antara bantuan pemerintah berupa Raskin terhadap ketahanan makanan keluarga miskin dan mempunyai korelasi kuat. Hipotesis (Ha) diterima, ertinya bantuan Raskin oleh pemerintah mempunyai kesan positif terhadap ketahanan makanan dan pembasmian kemiskinan. Hasil penilaian secara kualitatif bahawa bantuan Raskin untuk ketua keluarga miskin boleh mengurangkan kemiskinan. Proses pelaksanaan pembahagian Raskin meliputi pendataan, menetapkan keluarga miskin, pembahagian kad dan pembahagian Raskin masih ada yang tidak sesuai peraturan yang berlaku. Gendala dalam pembahagian Raskin iaitu Kurangnya kewangan untuk yuran setiap bulan, kualiti beras yang rendah tidak sesuai standart Raskin, beratnya tidak sesuai dengan yang semestinya, kerana ada yang menerima kurang, dan ada yang menerima lebih daripada 15 Kg setiap ketua keluarga, Tidak sesuai harga, iaitu ada kos tambahan, sehingga harga Raskin lebih daripada Rp1600/Kg, Tidak tepat waktu, semestinya Raskin dibagikan setiap bulan, namun ada yang melebihi satu bulan. Hasil temuan dalam penyelidikan ini iaitu terdapat kesalahan data jumlah ketua keluarga miskin, kerana ada ketua keluarga miskin yang tidak terdaftar dalam data keluarga dan dijumpai adanya salah sasaran, iaitu keluarga miskin tidak menerima Raskin.,PhD
Pages: 216
Call Number: HC450.P6 .S938 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.