Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519462
Title: Kaedah terjemahan Quran bergantung makna jawi dan Al-Furqan tafsir Quran
Authors: Mahsor Yahya (P42412)
Supervisor: Mazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Quran -- Translating
Al-Furqan
Abdullah Abbas Nasution
Hassan
A.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Sep-2014
Description: Kajian ini membandingkan antara dua buah kitab terjemahan al-Quran iaitu kitab "Quran Bergantung Makna Jawi " (QBMJ) oleh Abdullah Abbas Nasution dan "al-Furqan Tafsir Quran" oleh A.Hassan Bandung. Kedua-dua kitab tersebut telah tersebar luas dalam masyarakat umum dan dipelajari di masjid-masjid dan pondok-pondok khususnya di Malaysia dan Indonesia. Walaupun kitab ini banyak dipelajari tetapi tiada satu kajian khusus dilakukan berkaitan dengan terjemahan al-Quran bagi kedua-dua kitab tersebut sedangkan terdapat beberapa kekeliruan pada susunan, terjemahan yang kurang tepat dan keliru di antara satu sama lain. Justeru itu, kajian ini berobjektif untuk mengkaji metodologi terjemahan serta menganalisis kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam kedua-dua kitab tersebut secara perbandingan. Rekabentuk kajian ini ialah kualitatif dengan melibatkan kajian dokumen. Bagi mendapatkan kesahihan data, metode analisis kandungan terhadap kedua kitab tersebut merupakan pendekatan yang digunakan dalam kajian ini. Penganalisisan data juga dilakukan secara perbandingan ke atas isu-isu yang terpilih seperti struktur ayat, ayat Majāzi, huruf al-Tahajji, ayat Mutasyābihāt, tulisan ayat, kalimah dharrah, ashāb, isu percakapan Nabi Isa a.s semasa dalam buaian dan kedudukan al-Basmalah. Metode temubual dengan ahli keluarga pengarang bagi mengenali sejarah kehidupan mereka juga digunakan dalam menghasilkan kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua pengarang secara keseluruhannya telah menggunakan kaedah terjemahan tafsiriyyah. Di samping itu, mereka juga mengaitkan isu-isu semasa yang terdapat pada waktu tersebut seperti isu politik dan isu kemasyarakatan. Dari sudut pemikiran, Abdullah Abbas Nasution berpegang kepada aliran pemikiran khalaf, manakala A.Hassan menggabungkan kedua-dua aliran iaitu salaf dan khalaf. Walaupun demikian, secara umumnya terjemahan al-Quran ini telah memberi manfaat besar kepada masyarakat dalam memahami al-Quran.,Ph.D.
Pages: 324
Call Number: BP131.13.M337 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.