Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519459
Title: Kesan piper sarmentosum terhadap peranan dan ekspresi enzim 11B-hidroksisteroid dehidrogenase jenis 1 serta profil lipid pada tikus obes aruhan ovariektomi
Authors: Aida Azlina binti Ali (P34166)
Supervisor: Qodriyah Hj Mohd Saad, Dr.
Keywords: Piper sarmentosum
Enzim 11B-hidroksisteroid dehidrogenase
Tikus obes aruhan ovariektomi
Issue Date: 20-Sep-2013
Description: Enzim 11beta-hidroksisteroid dehidrogenase jenis 1 (11-HSD1) terlibat di dalam proses pengaktifan glukokortikoid. Pendedahan glukokortikoid berlebihan boleh mengakibatkan obesiti viseral, dislipidemia dan resistans terhadap insulin. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pemberian ekstrak air Piper sarmentosum (PS) terhadap peranan dan ekspresi enzim 11-HSD1 serta profil lipid pada tikus obes aruhan ovariektomi. Empat puluh dua ekor tikus Sprague-Dawley betina dibahagikan secara rawak kepada 6 kumpulan, iaitu 4 kumpulan ovariektomi dan 2 kumpulan bedah sham. Tiga kumpulan ovariektomi telah menerima rawatan ekstrak air PS (KDK-OVX) (0.125g/kg), asid gliserizik (GCA-OVX) (0.120g/kg) atau air (KWL-OVX), sementara kumpulan bedah sham (SHM) menerima air selama 5 bulan. Dua kumpulan selebihnya dibunuh sebelum rawatan dimulakan sebagai kumpulan asas (B-SHM dan B-OVX). Pengambilan makanan diukur setiap hari manakala berat badan diukur setiap minggu. Tekanan darah dan pengambilan darah dilakukan sehari sebelum pembedahan serta pada 0, 3 dan 5 bulan selepas rawatan untuk mengukur aras kortikosteron, adiponektin dan profil lipid. Tisu hepar dan tisu adipos viseral diambil di akhir tempoh rawatan untuk mengukur aktiviti enzim, ekspresi gen dan kajian histologi. Hasil kajian mendapati pemberian PS telah menurunkan aktiviti enzim 11-HSD1 di dalam tisu hepar dan tisu adipos viseral secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Piper sarmentosum juga telah menurunkan kadar ekspresi gen H6PD dan NR3C1 di dalam kedua-dua tisu tersebut walaupun gen HSD11B1 tidak menunjukkan sebarang perbezaan. Bagi gen C/EBP-, penurunan kadar ekspresi hanya berlaku di dalam tisu hepar, sebaliknya bagi gen C/EBP-, peningkatan kadar ekspresi yang ditunjukkan hanya berlaku di dalam tisu adipos viseral berbanding kumpulan kawalan selepas pemberian PS. Piper sarmentosum juga telah menurunkan aras kolesterol total, trigliserida, dan lipoprotein ketumpatan rendah serta meningkatkan aras lipoprotein ketumpatan tinggi dan adiponektin dengan signifikan berbanding kumpulan kawalan. Aktiviti enzim HMG-CoA reduktase bagi kumpulan rawatan PS juga telah menunjukkan penurunan di samping peningkatan yang signifikan bagi gen LDLR berbanding kumpulan rawatan. Gen HMGCR, SREBP-2 dan APOB tidak menunjukkan sebarang perbezaan. Kajian histologi menunjukkan PS telah mengurangkan titisan lemak di dalam tisu hepar berbanding kumpulan kawalan. Walaubagaimanapun, pemberian PS tidak menunjukkan sebarang perbezaan signifikan terhadap perubahan berat badan, pengambilan makanan, tekanan darah serta aras kortikosteron berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulannya, PS berupaya bertindak sebagai perencat aktiviti enzim 11-HSD1 di dalam tisu hepar dan tisu adipos viseral sekaligus merencatkan pengaktifan sel adiposit melalui penurunan ekspresi gen-gen faktor transkripsinya. Kajian ini juga menunjukkan kesan PS yang meyerupai agen statin di dalam memperbaiki profil lipid pada tikus obes melalui perencatan aktiviti enzim HMG-CoA reduktase serta peningkatan ekspresi gen LDLR.,Ph.D
Pages: 160
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.