Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519453
Title: Pembentukan mata wang tunggal di kalangan negara-negara OIC (ke arah penggunaan dinar emas)
Authors: Dwi Condro Triono (P29138)
Supervisor: Sanep Ahmad, Prof Dr.
Keywords: Mata wang tunggal
Negara-negara OIC
Dinar emas
Monetary unions
Issue Date: 3-Aug-2011
Description: Cadangan supaya negara-negara Islam (OIC) menggunakan Dinar emas untuk memartabatkan kembali matawang Islam serta mengurangkan pergantungan kepada matawang asing merupakan satu cadangan yang baik. Akan tetapi perubahan sedemikian dikalangan semua negara OIC merupakan satu proses tranformasi penggunaan matawang yang pastinya akan mengakibatkan kesan positif dan negatif keatas ekonomi sesetengah negara. Persoalannya ialah bagaimanakah transformasi kewangan boleh dilakukan dengan cara yang terbaik dan memberi kesan yang optimum kepada semua negara-negara OIC? Bolehkah ia dilaksanakan secara serentak diseluruh negara OIC atau perlu perlaksanaan berperingkat-peringkat. Sekiranya perlaksanaan berperingkat negara dan kawasan manakah yang boleh menjadi titik permulaan? Kajian ini bertujuan untuk menganalisis strategi perlaksanaan matawang tunggal dikalangan negara-negara OIC bagi menghasilkan kesan transformasi yang optimum. Kajian ini menggunakan asas teori Optimum Currency Area (OCA) sebagai cara penilaian dan pengaturan strategi perlaksanaan matawang tunggal. Kaedah analisis data yang diguna ialah structural vector auto regression (SVAR) dengan ujian terhadap empat indikator makroekonomi, iaitu: korelasi ke atas kejutan permintaan domestik, penawaran domestik, kewangan dan penawaran dunia. Sampel data yang diguna ialah bagi 17 negara OIC bagi tempoh 37 tahun. Kajian mendapati bahawa perlaksanaan secara serentak bagi 17 negara OIC yang dipilih adalah kurang sesuai kerana akan terdapat negara yang menerima kesan negatif. Strategi perlaksanaan terbaik ialah dengan mewujudkan zon perlaksanaan tertentu mengikut kesesuaian dan kemudiannya diperluaskan kepada negara OIC yang lain peringkat demi peringkat. Berasaskan kepada kedekatan letak geografinya, maka ada 3 zon yang dipilih, iaitu: Zon Asia Selatan dan Tenggara, Zon Timur Tengah dan Zon Afrika Utara. Berdasarkan kepada nilai korelasi kejutan permintaan domestik (CPI), dan nilai korelasi kejutan penawaran dunia (WGDP), ketiga-tiga zon yang dianalisis umumnya memiliki korelasi yang positif. Berdasarkan kepada ujian fungsi tindak balas kadar pertukaran (ROE) terhadap struktur kejutan dan ujian penguraian varian, maka Zon Afrika Utara merupakan zon yang terbaik berbanding dengan Zon Asia Selatan dan Tenggara mahupun Zon Timur Tengah. Implikasi penting kajian ini ialah penyatuan mata wang dikalangan negara OIC jika ingin dilaksanakan perlu dilakukan secara berperingkat dan bermula degan Zon Afrika Utara bagi memperoleh kesan yang optimum.,Ph.D
Pages: 236
Call Number: HG3894.D875 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.