Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515819
Title: Kesan eurycoma longifolia ke atas aras testosteron dan parameter histomorfometri tulang pada model tikus
Authors: Tajul Ariff Abdul Shukor (P43910)
Supervisor: Ahmad Nazrun Shuid, Profesor Madya Dr.
Keywords: Eurycoma longifolia
Testosteron
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Jan-2014
Description: Terapi penggantian testosteron merupakan rawatan utama untuk osteoporosis akibat kekurangan androgen pada lelaki. Penggunaan berterusan testosteron boleh meningkatkan risiko mendapat kanser bersandarkan hormon. Oleh itu, alternatif lain yang lebih selamat perlu dicari untuk merawat penyakit ini. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa Eurycoma longifolia (EL), sejenis tumbuhan herba, berpotensi sebagai rawatan alternatif kepada testosteron kerana ia mampu mengekalkan kandungan kalsium tulang tikus yang telah diorkidektomi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan ekstrak EL ke atas aras testosteron dan perubahan histomorfometri tulang pada model tikus. Tikus jantan Sprague-Dawley berumur 12 bulan yang diorkidektomi digunakan sebagai model bagi osteoporosis aruhan defisiensi androgen. Kajian preliminari dijalankan terlebih dahulu untuk memilih dos EL yang sesuai. Ini diikuti oleh kajian ke atas tikus jantan normal yang diberi (kumpulan EL) atau tidak diberi EL (kumpulan NC). Bagi kajian tikus terorkidektomi, 24 ekor tikus lagi dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu bedah-sham (kumpulan Sham), kawalan orkidektomi (kumpulan OrxC), orkidektomi dan rawatan testosteron (kumpulan Orx+T) dan orkidektomi dan suplimentasi EL (kumpulan Orx+EL). Sampel darah diambil sebelum dan selepas 6 minggu rawatan untuk mengukur aras testosteron manakala tulang femur diambil untuk analisa histomorfometri. Hasil kajian preliminari menunjukkan dos EL yang sesuai adalah 15 mg/kg berat badan. Hanya rawatan testosteron dapat meningkatkan aras testosteron pada tikus terorkidektomi manakala suplimentasi EL tidak dapat meningkatkan aras testosteron pada tikus yang normal atau terorkidektomi. Orkidektomi telah menyebabkan perubahan signifikan pada beberapa parameter histomorfometri tulang. Pemberian testosteron dan EL berjaya menghalang perubahan yang diaruh oleh orkidektomi ini sehingga serupa dengan kumpulan Sham. Jika dibandingkan, EL kurang efektif berbanding rawatan testosteron dalam meningkatkan aras testosteron atau mengekalkan parameter histomorfometri tulang tikus terorkidektomi. Rumusan kajian ialah EL berpotensi sebagai alternatif kepada rawatan testosteron untuk melindungi tulang dari osteoporosis aruhan defisiensi androgen. Kajian lanjut perlu untuk mengenalpasti mekanisma tindakan EL sebagai agen anti-osteoporosis.,Testosterone replacement therapy is the main treatment for androgen-deficient osteoporosis in men. Prolonged use of testosterone may increase the risk of hormone-dependent cancers. Therefore, it is necessary to find a safer alternative treatment for this disease. A previous study showed that Eurycoma longifolia (EL), a herbal plant, has the potential as an alternative treatment for testosterone by being able to preserve the bone calcium in orchidectomised rat. The objective of this study was to explore the effects of EL on testosterone level and bone histomorphometric changes in rat model. Orchidectomised male Sprague-Dawley rats, aged 12 months old, were used as the model of androgen-deficient osteoporosis. A preliminary study was first conducted to determine the optimum dose for EL. This was followed by a study on normal male rats given EL or not given EL (NC group). As for the study on orchidectomised rats, 24 rats were divided into four groups of sham-operated (Sham), orchidectomised-control (OrxC), orchidectomised with testosterone replacement (Orx + T), and orchidectomised with EL supplementation (Orx + EL). Blood samples were taken before and after six weeks of treatment for testosterone level measurements, while the femora were taken for histomorphometric analysis. Results from the preliminary study showed that the suitable dose for EL was 15 mg/kg body weight. Only testosterone treatment was able to increase the testosterone level of orchidectomised rats, while EL supplementation failed to raise the testosteone levels of both normal or orchidectomised rats. Orchidectomy had caused significant changes in several bone histomophometric parameters. Testosterone and EL were able to prevent these orchidectomy-induced changes until they were similar to the Sham group. When compared, EL was not as effective as testosterone treatment in raising the testosterone level or preserving the bone histomorphometric parameters of orchidectomised rats. In conclusion, EL has the potential as alternative to testosterone treatment in protecting bone against androgen-deficient osteoporosis. Further studies are required to identify its mechanism of actions as anti-osteoporotic agent.,PhD
Pages: 125
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80285+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.