Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515812
Title: Transition to adult life for young adults with specific learning disabilities in Malaysia
Authors: Dzalani Harun (P49238)
Supervisor: Khadijah Shamsuddin, Prof
Keywords: Specific learning disabilities
Transition outcomes
Transition to adult life
Public health
Issue Date: 10-Sep-2014
Description: Transisi ke alam dewasa secara umumnya dilihat sebagai fasa perkembangan hidup yang penting tetapi mencabar. Hasil transisi ke alam dewasa termasuk penglibatan dalam pendidikan lanjutan, mendapat pekerjaan, menyelenggara rumah, mempunyai hubungan peribadi dan sosial yang memuaskan, dan penglibatan dalam masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengalaman hasil transisi dewasa muda dengan masalah pembelajaran spesifik yang telah menghadiri Program Pendidikan Khas di sekolah kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor, Malaysia. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri penglibatan mereka dalam pendidikan lanjutan, pekerjaan, dan hubungan sosial-interpersonal dan masa lapang. Pengumpulan data kajian telah dilakukan dalam dua peringkat, fasa kualitatif diikuti dengan fasa kuantitatif. Maklumat dari temubual mendalam dengan 8 orang dewasa muda, 12 ibu bapa dan 5 orang guru pendidikan khas telah digunakan dalam membentuk borang soal selidik yang digunakan untuk tinjauan ke atas 90 dewasa muda pada fasa kuantitatif. Hasil kajian kualitatif menunjukkan bahawa dewasa muda yang ditemuramah dalam kajian ini melalui hasil transisi yang serupa seperti yang sering dikonsepkan dalam penulisan ilmiah antarabangsa berkaitan transisi. Penglibatan mereka dalam hasil transisi ini kelihatan dipengaruhi oleh sifat peribadi mereka, penglibatan dan sokongan keluarga, dan perkhidmatan sokongan yang diterima daripada masyarakat. Berdasarkan ujian Skala singkat kecerdasan intelek Wecshler, analisa hasil kajian kuantitatif ke atas 77 responden yang mempunyai kecerdasan intelek 70 dan ke atas menunjukkan bahawa 33.8% daripada dewasa muda ini ada mengikuti pendidikan lanjutan, 64.9% bekerja, dan 37.7 % melaporkan penglibatan mereka dalam sosial-interpersonal dan masa lapang. Daripada jumlah ini, 88.5% melapurkan berpuas hati dengan pengajian lanjutan mereka, 64.9% dengan pekerjaan mereka, dan 57.1% dengan penglibatan sosial-interpersonal dan masa lapang mereka. Mereka menghadapi halangan/masalah seperti masalah memori, proses kognitif yang lambat, kurang kemahiran akademik, bekerja, dan sosial, keyakinan diri yang rendah, kewangan yang tidak mencukupi, dan berasa tersisih dari masyarakat. Analisa statistik juga menunjukkan terdapat hubungkait yang signifikan di antara beberapa faktor individu, keluarga dan masyarakat dengan hasil transisi yang dikaji. Kajian ini menyumbang kepada pengetahuan berkenaan hasil transisi yang dialami oleh golongan muda Malaysia dengan masalah pembelajaran spesifik. Penemuan kajian menekankan perlunya perkhidmatan transisi sedia ada di peringkat sekolah menengah dan lanjutan ditambahbaikan terutamanya terhadap faktor yang boleh diubahsuai, iaitu perkhidmatan transisi seperti jenis kurikulum yang dipelajari, latihan kemahiran sosial dan kemahiran hidup, latihan vokasional & perkhidmatan berkaitan pekerjaan, sokongan kewangan, dan akomodasi/sokongan akademik telah didapati berkaitan secara signifikan dengan hasil transisi yang dikaji. Cara yang lebih sistematik perlu diujudkan dalam menyediakan perkhidmatan sokongan dan pendidikan/latihan lanjutan, meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang golongan ini, dan memperkasakan mereka supaya mereka lebih bersedia untuk transisi ke alam dewasa.,Transition to adult life is perceived as an important milestone and yet challenging. Transitions outcomes include engagement in post-secondary education, getting a job, maintaining a home, having satisfactory personal and social relationship and involvement in the community. This study aims to investigate the transition experiences of young adults with specific learning disabilities who had attended Special Education Programs in the government schools in Kuala Lumpur Federal Territory and the State of Selangor, Malaysia. The main objectives of this study are to examine their engagement characteristics in post-secondary education, employment, and social-interpersonal and leisure participation as well the personal, family and community factors associated with these outcomes. Data collection was done in two phases, qualitative followed by the quantitative phase. Information from in-depth interviews of 8 young adults, 12 parents and 5 special education teachers was utilised in the development of the questionnaire which was used for surveying 90 young adults in the quantitative phase. The qualitative findings showed the young adults interviewed in this study had engaged in similar transition outcomes often conceptualized in the international transition literature. Their engagement in the explored outcomes seemed to be influenced by their personal attributes, family support and involvement, and support services received from the community. Based on the Wechsler's Abbreviated Scale of Intelligence assessment, analysis of 77 respondents from the quantitative survey whose IQ score were 70 and above showed that 33.8% of the young adults were engaged in post-secondary education, 64.9% were employed, and 37.7% reported social-interpersonal engagement and leisure participation. Of those who engaged in these outcomes, 88.5% reported being satisfied in their post-secondary education, 64.9% for employment, and 57.1% for social-interpersonal and leisure participation. They faced barriers/problems that include memory problems, slow cognitive processing, lack of academic, work and social skills, low self-confidence, financially insufficient, and being marginalised by society. Statistical analysis showed significant associations between some individual, family and community factors and engagement in the studied transition outcomes. This study provides knowledge on transition outcomes experienced by Malaysian young adults with specific learning disabilities. The findings highlighted the need for improvement in the current transition services at both secondary and post-secondary school levels especially on the modifiable factors, transition services that include type of curriculum studied, social & living skill training, vocational training & employment related services receiving, financial support, and academic accommodation/support were found significantly associated with the transition outcomes studied. There is a need to develop more systematic way of providing post-secondary education/training and adults support services, to increase community awareness and understanding of this group of people, and to empower the young adults with specific learning disabilities so that they are better prepared for the transition to adult life.,PhD
Pages: 435
Call Number: tesis WA20.5.D999t 2014 9HUKM
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80279+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.