Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515797
Title: Kesan lapan minggu latihan bebanan ke atas parameter kecergasan dan status tekanan oksidatif pemain badminton
Authors: Zuraimay Zainudin (P34161)
Supervisor: WaZurinah Wan Ngah, Professor Dato' Dr.
Keywords: Latihan bebanan
Tekanan oksidatif
Badminton
Issue Date: 9-Dec-2013
Description: Peningkatan penggunaan oksigen semasa senaman mampu menyebabkan penghasilan radikal bebas serta mencetuskan kerosakan oksidatif berkaitan senaman. Namun, latihan berkala berupaya memperbaiki tahap kecergasan serta membina ketahanan terhadap kerosakan oksidatif. Intervensi senaman seperti senaman bebanan membantu mempertingkatkan tahap adaptasi dan sistem pertahanan antioksida. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan 8 minggu latihan bebanan di samping latihan gelanggang di kalangan pemain badminton di dalam meningkatkan kecergasan fizikal serta status oksidatif. Kajian ini melibatkan dua kumpulan ujikaji secara dua peringkat; pra dan selepas ujian di mana atlit dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan kajian melakukan latihan bebanan di samping latihan gelanggang manakala kumpulan kawalan hanya melakukan latihan gelanggang. Kumpulan kajian (n=11) melakukan latihan bebanan yang mengandungi latihan skuad, one arm row, ekstensi trisep, fleksi bisep, bridging, side bridging dan bench press di samping latihan gelanggang badminton 2- 3 kali seminggu selama 8 minggu. Kumpulan kawalan (n = 11), hanya melakukan latihan gelanggang pada kekerapan dan tempoh yang sama. Kedua-dua kumpulan kawalan dan kajian masing-masing menunjukkan penurunan yang signifikan (p<0.05) pada denyutan jantung rehat (83.09 + 3.62 - 66.73 + 2.29 b/m & 77.64 + 2.89 - 70.09 + 1.84 b/m ) dan tekanan darah sistolik (116 + 2.39 - 110.64 + 2.03 mmHg & 118.18 + 2.14 - 113.18 + 1.75 mmHg) selepas 8 minggu kajian. Kumpulan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) dari segi tahap VO2mak, (54.67+ 1.85 - 62.53 + 2.16 ml/kg/min), kekuatan otot (7.00+ 0.78 - 9.62+ 1.12 kg), kekuatan relatif (0.1+ 0.01 - 0.14+ 0.02 unit) dan fleksibiliti (27.8+ 3.67 - 34.25+ 2.34 cm) pada minggu lapan berbanding permulaan kajian. Penurunan yang signifikan (p<0.05) juga dicatatkan bagi peratusan lemak tubuh (20.41 + 1.88 - 19.18 + 2.10 %) kumpulan kajian selepas 8 minggu latihan. Pengasaian komet juga menunjukkan peratusan kerosakan DNA rosak teruk selepas senaman bebanan akut juga menurun dengan signifikan (p<0.05) dari 63.5% pada permulaan kajian kepada 5.8% pada minggu lapan sementara tiada perubahan di dalam kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun tiada perubahan yang signifikan bagi malondealdehid selepas latihan kronik dan akut bagi kedua-dua kumpulan. Aktiviti enzim superoksid dismutase rehat kumpulan latihan bebanan menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) selepas 8 minggu intervensi (3.02+ 0.04 to 3.38+ 0.19 u/mgHb) manakala aktiviti katalase tidak menunjukkan sebarang perubahan. Aras vitamin A plasma kumpulan yang hanya melakukan latihan gelanggang menurun dengan signifikan (p<0.05) selepas senaman bebanan akut pada minggu 0 namun tidak pada minggu lapan. Kesimpulanya, latihan bebanan selama 8 minggu meningkatkan parameter kecergasan dan status oksidatif serta mempertingkatkan perlindungan daripada kerosakan oksidatif akibat senaman bebanan akut.Peningkatan penggunaan oksigen semasa senaman mampu menyebabkan penghasilan radikal bebas serta mencetuskan kerosakan oksidatif berkaitan senaman. Namun, latihan berkala berupaya memperbaiki tahap kecergasan serta membina ketahanan terhadap kerosakan oksidatif. Intervensi senaman seperti senaman bebanan membantu mempertingkatkan tahap adaptasi dan sistem pertahanan antioksida. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan 8 minggu latihan bebanan di samping latihan gelanggang di kalangan pemain badminton di dalam meningkatkan kecergasan fizikal serta status oksidatif. Kajian ini melibatkan dua kumpulan ujikaji secara dua peringkat; pra dan selepas ujian di mana atlit dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan kajian melakukan latihan bebanan di samping latihan gelanggang manakala kumpulan kawalan hanya melakukan latihan gelanggang. Kumpulan kajian (n=11) melakukan latihan bebanan yang mengandungi latihan skuad, one arm row, ekstensi trisep, fleksi bisep, bridging, side bridging dan bench press di samping latihan gelanggang badminton 2- 3 kali seminggu selama 8 minggu. Kumpulan kawalan (n = 11), hanya melakukan latihan gelanggang pada kekerapan dan tempoh yang sama. Kedua-dua kumpulan kawalan dan kajian masing-masing menunjukkan penurunan yang signifikan (p<0.05) pada denyutan jantung rehat (83.09 + 3.62 - 66.73 + 2.29 b/m & 77.64 + 2.89 - 70.09 + 1.84 b/m ) dan tekanan darah sistolik (116 + 2.39 - 110.64 + 2.03 mmHg & 118.18 + 2.14 - 113.18 + 1.75 mmHg) selepas 8 minggu kajian. Kumpulan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) dari segi tahap VO2mak, (54.67+ 1.85 - 62.53 + 2.16 ml/kg/min), kekuatan otot (7.00+ 0.78 - 9.62+ 1.12 kg), kekuatan relatif (0.1+ 0.01 - 0.14+ 0.02 unit) dan fleksibiliti (27.8+ 3.67 - 34.25+ 2.34 cm) pada minggu lapan berbanding permulaan kajian. Penurunan yang signifikan (p<0.05) juga dicatatkan bagi peratusan lemak tubuh (20.41 + 1.88 - 19.18 + 2.10 %) kumpulan kajian selepas 8 minggu latihan. Pengasaian komet juga menunjukkan peratusan kerosakan DNA rosak teruk selepas senaman bebanan akut juga menurun dengan signifikan (p<0.05) dari 63.5% pada permulaan kajian kepada 5.8% pada minggu lapan sementara tiada perubahan di dalam kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun tiada perubahan yang signifikan bagi malondealdehid selepas latihan kronik dan akut bagi kedua-dua kumpulan. Aktiviti enzim superoksid dismutase rehat kumpulan latihan bebanan menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) selepas 8 minggu intervensi (3.02+ 0.04 to 3.38+ 0.19 u/mgHb) manakala aktiviti katalase tidak menunjukkan sebarang perubahan. Aras vitamin A plasma kumpulan yang hanya melakukan latihan gelanggang menurun dengan signifikan (p<0.05) selepas senaman bebanan akut pada minggu 0 namun tidak pada minggu lapan. Kesimpulanya, latihan bebanan selama 8 minggu meningkatkan parameter kecergasan dan status oksidatif serta mempertingkatkan perlindungan daripada kerosakan oksidatif akibat senaman bebanan akut.,Ph.D
Pages: 156
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74708+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.