Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515590
Title: Keselamatan makanan: kajian perundangan domestik dan perundangan antarabangsa
Authors: Angelina Anne Fernandez (P63577)
Supervisor: Salawati Mat Basir, Prof Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertation
Academic -- Malaysia
Food security
Food supply
Issue Date: 11-Apr-2021
Description: Makanan melibatkan kesihatan, jangka hidup, produktiviti dan perdagangan makanan negara. Kronologi keselamatan makanan cukup penting dalam menguatkuasakan keselamatan makanan. Perundangan utama di Malaysia yang berkaitan dengan keselamatan makanan ialah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memainkan peranan yang penting untuk memastikan makanan yang dikeluarkan berkualiti. Terdapat pelbagai pertubuhan yang mementingkan isu kepenggunaan, seperti Persatuan Pengguna Standard (Standard Users) Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) dan Jabatan Standard Malaysia. Permasalahan pertama yang dapat diteliti ialah keselamatan makanan merupakan usaha proaktik dan pragmatik di mana undang-undang makanan harus sentiasa mengikuti perkembangan sains dan teknologi. Permasalahan kedua yang dapat dikenalpasti ialah negara Malaysia harus mempertingkatkan usaha untuk mengguatkuasakan dan memantau keselamatan dan kualiti makanan di Malaysia. Permasalahan seterusnya ialah nama pengeluar makanan yang tidak bertanggungjawab jarang disiarkan di surat khabar atau laman web BKKM. Masalah seterusnya ialah kekurangan kerjasama antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan berhubung dengan isu keselamatan makanan. Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji semula perundangan domestik dalam aspek keselamatan makanan, iaitu Akta Makanan 1983 dan perundangan antarabangsa dalam aspek keselamatan makanan, iaitu Agreement on Sanitary and Phytosanitary Measures dan Agreement on Technical Barrier to Trade serta perundangan makanan negara Jepun. Kajian ini juga akan mengemukakan cadangan bagaimana usaha pengguatkuasaan dapat dipertingkatkan. Dalam mencapai objektif di atas, penyelidikan ini merupakan analisis legalistik tulen, menggunakan pendekatan historis, jurisprudens dan perbandingan secara analitis dan kritis dengan perundangan makanan di negara Jepun. BKKM serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Consumer Association of Penang dan National Consumer Complaints Centre harus bekerjasama dalam mendidik pengguna akan kepentingan makanan yang berkualiti dan selamat. Laporan BKKM dan NCCC turut dikaji dari tahun 2006-2018. Seksyen 23 Akta Makanan 1983 membolehkan pengeluar makanan serta ejen bergantung pada perlindungan statutori di mana sekiranya pengeluar makanan dapat membuktikan bahawa langkah yang munasabah diambil semasa proses pengeluaran makanan. Frasa langkah yang munasabah tidak diberi definisi yang jelas dalam Akta Makanan 1983.,Ph.D.
Notes: e-tesis
Pages: 482
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124072+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.