Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515572
Title: | Pemakaian beban dan darjah pembuktian kes jenayah syariah di Malaysia: satu penilaian undang-undang |
Authors: | Suhaizad Saifuddin (P83744) |
Supervisor: | Ahmad Azam Mohd Shariff, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Islamic law -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Oct-2020 |
Description: | Pembuktian amat berkait rapat dengan keadilan dalam sesebuah perbicaraan kes jenayah syariah. Dua elemen pembuktian yang perlu diputuskan dalam sesebuah perbicaraan jenayah ialah beban pembuktian dan darjah pembuktian. Penyelidikan ini mengkaji prinsip dan pemakaian kedua-dua elemen tersebut dalam perbicaraan jenayah syariah di Malaysia. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti prinsip syariah berkaitan beban dan darjah pembuktian bagi kes jenayah syariah. Di samping itu, penyelidikan ini mengkaji kerangka undang-undang berhubung pemakaian beban dan darjah pembuktian bagi kes jenayah syariah dan kes jenayah di Malaysia. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk menganalisis permasalahan dari aspek undang-undang serta pemakaiannya dalam perbicaraan kes jenayah syariah. Sebagai objektif terakhir, penyelidikan ini mengemukakan cadangan penyelesaian ke atas permasalahan yang dikenal pasti. Penyelidikan ini berdiri di atas kerangka penyelidikan undang-undang tulen berasaskan pendekatan secara doktrinal dan kualitatif. Data penyelidikan dikumpul melalui metode temu bual separa struktur dan dokumentasi. Data yang diperoleh dianalisis menerusi metode analisis kandungan secara kritis. Hasil penyelidikan mendapati, wujud ketidakjelasan dan kelompangan dalam peruntukan undang-undang berkaitan beban dan darjah pembuktian dalam perbicaraan jenayah syariah di negara ini. Masalah tersebut telah mengakibatkan ketidakfahaman dan tafsiran yang berbeza di kalangan pengamal undang-undang syariah. Justeru, penyelidikan ini mencadangkan penambahbaikan ke atas peruntukan undang-undang serta pelaksanaan yang berkaitan agar pemakaian beban dan darjah pembuktian dalam perbicaraan jenayah syariah di negara ini menjadi lebih jelas dan tersusun.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Doktor Falsafah". |
Pages: | 326 |
Call Number: | C63.SUH 2020 2 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122713+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.