Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515568
Title: Analisis kebolehterimaan, pengumpulan dan pengemukaan keterangan dokumen elektronik dalam kes mal dan jenayah syariah
Authors: Mohamad Azhan Yahya (P85086)
Supervisor: Ahmad Azam Mohd Shariff, Prof. Madya Dr.
Keywords: Islamic Law--Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia--Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Jun-2020
Description: Kajian mengenal pasti peruntukan undang-undang berkaitan definisi, pengumpulan dan pengemukaan keterangan dokumen elektronik dalam kes-kes mal dan jenayah syariah. Objektif pertama kajian adalah untuk mengenal pasti prinsip syariah dan peruntukan undang-undang berkaitan dengan keterangan dokumen elektronik dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah. Objektif kedua adalah untuk menganalisis kelompangan dalam peruntukan undang-undang berkenaan dengan definisi, pengumpulan dan pengemukaan keterangan dokumen elektronik di mahkamah syariah. Objektif ketiga pula bertujuan untuk mencadangkan pindaan ke atas peruntukan undang-undang yang terbabit serta membina mekanisme yang akan menyokong proses pengumpulan dan pengemukaan keterangan sedemikian. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perundangan tulen yang melibatkan kajian terhadap peruntukan undang-undang dan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah. Kaedah kajian doktrinal dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian mendapati bahawa pendefinisian keterangan dokumen elektronik dalam peruntukan undang-undang masih kabur. Kajian turut mendapati bahawa peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan proses pengumpulan pada peringkat pra perbicaraan serta pengemukaannya pada peringkat perbicaraan masih tidak jelas. Sehubungan dengan itu kajian ini mencadangkan pindaan ke atas peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan definisi serta proses pengemukaan dan pengumpulan keterangan dokumen elektronik. Kajian turut mencadangkan agar Prosedur Operasi Tetap (SOP) dibina bagi proses pengumpulan dan pengemukaan keterangan tersebut agar semua tatacara dan proses terbabit lebih tersusun dan terperinci.,Ph.D.
Pages: 360
Call Number: C63 .MOH 2020 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122502+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
230.94 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.