Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515565
Title: Malpraktik medik :satu kajian etika dan undang-undang di Indonesia
Authors: Adil Akhyar (P40378 )
Supervisor: Anisah Che Ngah, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Medical laws and legislation.
Issue Date: 11-Aug-2013
Description: Di Indonesia, istilah malpraktik sudah lazim di dengar bukan sahaja dalam masyarakat awam malahan dalam lingkungan pengamal perubatan dan juga undangundang. Namun belum dapat ditemukan satu pengertian yang tepat tentang istilah malpraktik kerana belum ada definisi yang standad. Keadaan ini telah menyebabkan berlaku perbezaan pendapat antara hakim, pengamal perubatan, peguam dan lain-lain sehinggakan kebanyakkan kes malpraktik tidak dapat diselesaikan di Mahkamah. Sebaliknya penyelesaian dilakukan dengan cara yang tidak transparen dan di luar prosedur yang biasa. Walaupun Indonesia mengikuti sistem undang-undang Civil Law dari Belanda, tetapi dalam penegakan undang-undang dalam kes malpraktik, tidaklah sepenuhnya mengambil cara yang digunakan di Negara Belanda. Pentasiran malpraktik ini telah menyebabkan ada 3 bentuk penyelesaian yang berbeza sehingga menimbulkan kesukaran mengenai siapa yang berhak menyelesaikan kes-kes malpraktik yang ada di Indonesia. Ini kerana kesalahan malpraktik yang dilakukan oleh doktor atau pengamal perubatan bukan hanya setakat perbuatan kriminal dan sivil tetapi ianya juga menyangkut perbuatan melanggar etik perubatan dan juga prosedur administratif. Dalam kajian ini ditemukan bahawa malpraktik ialah satu perbuatan medik yang menyebabkan pesakit mengalami kerugian atau cedera. Metodologi yang digunakan berbentuk kualitatif dimana semua perundangan yang relevan dikaji dan temubual serta kerja lapangan dilakukan untuk mengumpul data khususnya tentang mekanisme mahkamah. Dapatan juga mendapati mekanisme Mahkamah dan perundangan yang ada tidak dapat menangani masalah malpraktik dengan berkesan. Pengkaji akhirnya mencadangkan diwujudkan satu organisasi formal mirip Tuchtraad di Negara Belanda yang dapat memberikan keadilan bukan sahaja kepada pesakit malahan masyarakat seluruhnya,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 211
Call Number: C73.ADI 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120470+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
690.82 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.