Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515536
Title: Pemakaian undang-undang jenayah pornografi siber di Indonesia: isu dan penyelesaian
Authors: Faizin Sulistio (P61130)
Supervisor: Nazura Abdul Manap, Prof. Dr.
Keywords: Pornography -- Law and legislation -- Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Nov-2019
Description: Pornografi Siber sama ada dalam bentuk pornografi dewasa ataupun pornografi kanak-kanak merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang di Indonesia. Peruntukan undang-undang pornografi siber ini merupakan sebahagian daripada peruntukan undang-undang pornografi di Indonesia dalam pelbagai statut yang merangkumi kanun jenayah sehingga statut yang bersifat pentadbiran. Peruntukan pornografi siber secara khusus ditetapkan dalam fasal 27 (1) Undang-Undang No 11 tahun 2008 tentang Informasi dan Transaksi Elektronik. Manakala, bagi isu pemilikan pornografi kanak-kanak, peruntukan yang berbentuk umum tidak mencukupi kerana kurang memberi perlindungan kepada kanak-kanak.Walau bagaimanapun, seksyen ini hanya melarang pornografi siber dalam bentuk umum dan tidak secara nyata membezakan jenis pornografi yang berlaku. Manakala, isu pemilikan pornografi kanak-kanak juga menjadi masalah dalam pengaplikasian jenayah pornografi kanak-kanak dalam ruang siber. Selain itu, pendekatan mahkamah dalam membuat keputusan dan penghukuman sangat bergantung kepada pentafsiran hakim kepada statut yang berkaitan yang boleh menimbulkan kelompangan dalam penentuan standard moral. Isu seterusnya yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan pencegahan dan penghukuman digunapakai masakini yang kurang relevan dengan perkembangan teknologi. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti dan menganalisis lakuna dalam pemakaian undang-undang sedia ada dalam penyelesaian kes-kes pornografi siber. Untuk tujuan tersebut, kajian kualitatif perundangan, kes dan rujukan dilakukan dengan mengkaji statut perundangan beberapa negara terpilih, seperti Amerika Syarikat, Kanada dan England mengenai masalah yang sama. Hasil kajian mendapati bahawa banyak statut perundangan di Indonesia yang menetapkan peruntukan pornografi, tetapi peruntukan sedia ada mempunyai kelemahan berkaitan dengan definisi, bidang kuasa mahupun terma moraliti (kesusilaan). Selain itu, isu pemilikan bahan pornografi kanak-kanak yang tidak sepenuhnya dianggap kesalahan jenayah di Indonesia telah menafikan perlindungan terhadap kanak-kanak. Di samping itu,didapati tafsiran mahkamah dalam menentukan kesalahan berkaitan pornografi telah mengambil kira dan mempertimbangkan secara ketara impak tidak langsung perbuatan pornografi kepada generasi muda. Penghukuman alternatif yang berkesesuaian dengan jenis jenayah berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi juga diperlukan supaya penghukuman yang dikenakan lebih memberi kesan kepada penjenayah mahupun masyarakat secara keseluruhan.,Ph.D.
Pages: 361
Call Number: C29.FAZ 2019 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119767+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.