Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515530
Title: | Salah nyata dalam undang-undang kontrak Malaysia |
Authors: | Norhoneydayatie Abdul Manap (P69685) |
Supervisor: | Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Contracts -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Oct-2018 |
Description: | Kemajuan dunia globalisasi menyaksikan pelbagai perubahan dari sudut ekonomi, sosial serta politik yang memberi impak positif dan negatif kepada kehidupan masyarakat. Aktiviti kontrak yang semakin rancak dijalankan kadang kala dicalari dengan perbuatan-perbuatan yang mencacatkan kerelaan bebas seseorang berkontrak seperti perbuatan salah nyata dalam kontrak. Bagi mengawal perbuatan salah nyata dalam kontrak, memerlukan kepada mekanisme perundangan yang merupakan penyelesaian yang efektif. Walau bagaimanapun, kelemahan dan kelompangan perundangan sedia ada tidak membantu usaha kawalan tersebut. Di Malaysia, permasalahan perundangan berkaitan salah nyata dalam kontrak meliputi; (i) kelompangan definisi serta elemen salah nyata, ketiadaan peruntukan pengecualian liabiliti salah nyata dalam kontrak dan kelompangan peruntukan berkaitan beban dan standard pembuktian dalam kes salah nyata; (ii) kekaburan serta kekeliruan dalam aspek klasifikasi salah nyata, remedi, pemakaian peruntukan Kecualian seksyen 19 Akta Kontrak 1950 dan perlaksanaan caveat emptor dalam salah nyata kontrak menuntut perubahan dari sudut perundangan agar dapat memberikan perlindungan yang optimum kepada pihak berkontrak dalam kes salah nyata. Justeru itu, penyelidikan ini dijalankan untuk menyemak semula peruntukan perundangan berkaitan salah nyata dalam kontrak di Malaysia dalam usaha untuk mencadangkan penambahbaikan terhadap perundangan tersebut. Melalui pendekatan sejarah, jurisprudens, perbandingan dan analitis dan kritis, permasalahan perundangan salah nyata di Malaysia diatasi dengan cadangan reformasi perundangan. Penelitian dan analisis terhadap perundangan di United Kingdom, Australia dan India dilakukan sebagai cetusan idea ke arah reformasi tersebut. Selain itu, perundangan berkaitan salah nyata dalam konteks perundangan Islam turut dilihat agar reformasi yang dicadangkan kelak selari dengan perundangan Islam serta boleh diguna pakai dalam semua jenis kontrak di Malaysia. Hasil penyelidikan memperlihatkan bahawa reformasi perundangan perlu dilakukan melalui dua pendekatan iaitu, pendekatan jangka masa pendek dengan membuat pindaan terhadap Akta Kontrak 1950. Manakala pendekatan jangka masa panjang pula adalah dengan menggubal satu akta khusus yang dikenali sebagai Akta Salah Nyata 2019.,Ph.D. |
Pages: | 409 |
Call Number: | C25.NOR 2019 2 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119759+Source01+Source01.1.PDF Restricted Access | 904.74 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_119759+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.