Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515510
Title: Penamatan kontrak perkhidmatan atas alasan efisiensi di Indonesia
Authors: Budi Santoso (P61133)
Supervisor: Kamal Halili Hassan, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Employees -- Dismissal of -- Law and legislation -- Indonesia
Employee rights -- Indonesia
Labor law and legislation
Issue Date: 27-Aug-2015
Description: Pasal 164(3) UU No. 13 Tahun 2003 tentang Ketenagakerjaan membenarkan penamatan kontrak perkhidmatan atas alasan wujudnya operasi perniagaan syarikat ditutup untuk tujuan efisiensi. Walau bagaimanapun, Pasal ini tidak meliputi amalan penamatan atas alasan syarikat menjalankan efisiensi tanpa wujudnya operasi perniagaan syarikat ditutup. Ketiadaan peruntukan ini telah mencetuskan masalah perundangan dalam menyelesaikan kes penamatan yang demikian. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji keputusan-keputusan mahkamah ke atas kes penamatan atas alasan efisiensi tanpa wujudnya operasi perniagaan syarikat ditutup, situasi-situasi yang menjustifikasikan syarikat mengamalkan penamatan yang demikian, termasuk syarat-syarat yang mesti dipatuhi supaya ia boleh berlaku adil bagi buruh. Untuk tujuan tersebut, kajian kualitatif perundangan dan kajian kes dilakukan dengan membandingkan beberapa Negara terpilih, seperti Malaysia, Sweden dan Indonesia mengenai masalah yang sama. Hasil kajian mendapati bahawa keputusan mahkamah sentiasa membenarkan penamatan perkhidmatan atas alasan efisiensi, walaupun mahkamah tidak memberikan apa-apa pertimbangan yang mencukupi bagi menjustifikasikannya, termasuk dasar perundangan yang terpakai. Secara tersirat, mahkamah hanya mempertimbangkan aspek hubungan perkhidmatan yang tidak praktikal jika ia diteruskan. Sungguhpun demikian, keputusan mahkamah ini tidaklah mengelirukan. Walaupun alasan penamatan ini tidak diperuntukkan dalam undang-undang buruh Indonesia, tetapi ia boleh dijustifikasikan sebagai kategori alasan bagi penamatan. Efisiensi kos operasi syarikat tidak termasuk dalam kategori alasan yang dilarang bagi wujudnya penamatan mengikut Pasal 153. Ia merupakan satu kaedah yang berhubung kait dengan ekonomi syarikat dan ia wajar sebagai alasan penamatan disebabkan hubungan perkhidmatan pada asasnya adalah hubungan berasaskan ekonomi antara majikan dan pekerja. Pelbagai situasi pula boleh dijustifikasikan kepada amalan penamatan ini, seperti kerugian kewangan syarikat, jumlah dagangan barangan atau perkhidmatan berkurangan, kemelesetan ekonomi, pengenalan teknologi baru dan automasi serta penstrukturan semula syarikat. Situasi-situasi tersebut am berlaku dalam amalan perniagaan yang penuh risiko dan bersaing. Sementara pada perspektif kemanfaatan, kaedah efisiensi syarikat dijustifikasikan boleh memberikan perlindungan kepada pekerja yang lebih ramai dan boleh mengurangkan kesan buruk sosial ekonomi yang lebih besar. Walau bagaimanapun, penamatan ini mesti tertakluk kepada syarat yang adil yang akan mengawal majikan untuk tidak sewenangwenangnya menamatkan pekerja, antaranya: situasi lebihan pekerja benar-benar berlaku; keputusan penamatan dijalankan secara suci hati; keputusan penamatan dijalankan sebagai langkah terakhir; keputusan penamatan dirunding dengan pekerja terbabit atau wakil-wakil pekerja; dan menjalankan prosedur pemilihan bagi pengurangan pekerja.,Ph.D.
Pages: 265
Call Number: C67.BUD 2015 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119675+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
408.56 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119675+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.