Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515505
Title: Pengumpulan, pengagihan dan penggunaan data satelit penderiaan jauh: kajian perundangan khusus dalam menjamin keselamatan nasional
Authors: Loh Ing Hoe (P44966)
Supervisor: Salawati Mat Basir, Dr.
Keywords: Pengumpulan data satelit penderiaan jauh
Pengagihan data satelit penderiaan jauh
Penggunaan data satelit penderiaan jauh
Keselamatan nasional
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 1-Feb-2014
Description: Pengenalan kepada teknologi satelit penderiaan jauh merupakan suatu pencapaian besar dalam teknologi angkasa lepas. Kelebihan satelit penderiaan jauh dan sumbangannya kepada negara dan dunia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Satelit penderiaan jauh telah banyak membantu dalam perkembangan bidang pertanian, perhutanan, pendidikan dan banyak lagi. Namun, kepesatan dalam perkembangan teknologi satelit penderiaan jauh tidak disusuli dengan perkembangan undang-undang yang mengawal selia teknologi satelit penderiaan jauh. Kekurangan peraturan dalam undang-undang angkasa lepas berhubung pengumpulan, pengagihan dan penggunaan data satelit penderiaan jauh bertambah serius apabila resolusi dan deklarasi undang-undang angkasa lepas merupakan undang-undang lembut yang tidak mengikat sesebuah negara. Memandangkan undang-undang angkasa lepas merupakan salah satu cabang daripada undang-undang antarabangsa, maka semasa pengusulan Triti Angkasa Lepas 1967 (Outer Space Treaty 1967), UNCOPOUS telah mengambil kira permasalahan undang-undang yang bakal wujud dalam undang-undang angkasa lepas. Maka, niat UNCOPOUS telah termaktub dalam Artikel III Lepas 19Triti Angkasa67 yang berbunyi "States Parties to the treaty shall carry on activities in the exploration and use of outer space, including the moon and other celestial bodies, in accordance with international law, including the Charter of the United Nations, in the interest of maintaining international peace and security and promoting international cooperation and understanding." Artikel III Triti Angkasa Lepas 1967 telah membenarkan pemakaian undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam undang-undang angkasa lepas. Penerimapakaian undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam undang-undang angkasa lepas telah membantu mengatasi kekurangan peraturan yang wujud dalam undang-undang angkasa lepas selain sifat undang-undang angkasa lepas terutamanya resolusi dan deklarasi yang merupakan undang-undang lembut yang menyumbang kepada kekurangan peraturan yang sedia ada. Namun, prinsip undang-undang yang diterima pakai oleh kedua-dua regim undang-undang antarabangsa dan undang-undang angkasa lepas adalah berbeza. Dalam keadaan ini, prinsip undang-undang mana yang harus diutamakan apabila kedua-dua regim undang-undang terpakai kepada isu yang sama. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti kekurangan peraturan dalam undang-undang angkasa lepas yang terlibat dalam pengumpulan, pengagihan dan penggunaan data satelit penderiaan jauh untuk menjamin keselamatan nasional. Analisis yang kritikal dilakukan ke atas permasalahan yang timbul. Pada akhir analisis, penyelidik memberikan cadangan penyelesaian kepada permasalahan yang dikenalpasti.,PhD
Pages: 353
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74863+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.