Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515496
Title: | Jaminan kebebasan asasi di Malaysia: keperluan memaktubkan peruntukan khusus berkaitan remedi dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan kebebasan asasi |
Authors: | Gan Chee Keong (P68549) |
Supervisor: | Ahmad Azam Mohd. Shariff, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kebebasan asasi Remedi Perlembagaan Persekutuan Perlindungan hak asasi Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-May-2016 |
Description: | Peruntukan berkaitan kebebasan asasi memang telah lama wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan asasi tersebut telah dikuatkuasakan selama ini. Sungguhpun begitu, masih terdapat kelemahan dalam penguatkuasaannya sehingga mengakibatkan kebebasan asasi tersebut tidak terjamin dengan baik. Ini berpunca daripada ketiadaan peruntukan khusus dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan remedi yang memelihara serta menguatkuasakan kebebasan asasi di negara ini mengakibatkan kebebasan asasi belum terjamin dengan baik. Antara mekanisme yang boleh melindungi kebebasan asasi ialah dengan cara mewujudkan peruntukan khusus berkaitan remedi dalam Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kebebasan asasi dengan baik. Kajian ini merupakan suatu kajian undang-undang tulen dan berasaskan kajian perpustakaan. Ia menggunakan pendekatan kualitatif, yang melibatkan penggunaan beberapa pendekatan yang digabungkan bersama seperti analisis kritis, analisis kandungan dan kajian sejarah. Kaedah pengumpulan data kualitatif dalam kajian undang-undang ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah temuramah berstruktur dan kaedah soalan selidik. Hasil dapatan kajian ini mendapati tiada sebarang peruntukan khusus berkaitan remedi wujud dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin dan menguatkuasakan kebebasan asasi di negara ini. Kajian juga mendapati sekiranya peruntukan khusus berkaitan remedi tersebut digubal di bawah perundangan Parlimen dan bukan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, ia belum dapat menjamin penguatkuasaan dan perlindungan kebebasan asasi dengan baik. Kajian seterusnya mendapati kebebasan dan remedi tidak boleh dipisahkan dan perlu dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara ini. Dapatan turut menunjukkan peruntukan khusus berkaitan remedi untuk melindungi kebebasan asasi pernah dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid semasa Perlembagaan Persekutuan dirangka. Ini menggambarkan keperluan memasukkan remedi ini telah disedari sejak awal penggubalan Perlembagaan lagi. Kajian seterusnya mengenal pasti kejayaan negara India mengukuhkan lagi perlindungan hak asasi rakyatnya sejak negara itu memaktubkan dalam Perlembagaannya peruntukan remedi yang melindungi hak asasi. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peruntukan remedi di negara India boleh diperkemaskan lagi untuk menambahbaik perlindungan hak asasi di negara itu. Kajian seterusnya mendapati Malaysia harus mengambil kira beberapa faktor penting apabila memaktubkan peruntukan khusus berkaitan remedi dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu faktor-faktor keselamatan awam, doktrin pengasingan kuasa, mengimbangi kuasa Mahkamah dan menguatkuasakan litigasi demi kepentingan awam. Justeru, kajian ini mencadangkan peruntukan khusus berkaitan remedi perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk jaminan dan penguatkuasaan kebebasan asasi rakyatnya. Kajian juga mencadangkan penguatkuasaan peruntukan khusus berkaitan remedi tersebut harus mengambil kira faktor-faktor seperti keselamatan awam, doktrin pengasingan kuasa, mengimbangi kuasa Mahkamah dan menguatkuasakan litigasi demi kepentingan awam. Mekanisme sedemikian dapat menjamin perlindungan kebebasan asasi dengan baik mengikut acuan norma dan nilai masyarakat tempatan.,Ph.D. |
Pages: | 495 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82588+SOURCE1+SOURCE1.2.PDF Restricted Access | 456.57 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.