Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515372
Title: Kajian enzim dan perencat analog bagi farnesol dehidrogenase ke arah pembangunan racun perosak biorasional terhadap ulat pengorek buah koko
Authors: Mahasakthy Vijeyasri Satyaveanthan (P90431)
Supervisor: Maizom Hassan, Dr.
Keywords: Racun perosak
Serangga perosak
Koko
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Jun-2021
Description: Penggunaan racun perosak piretroid sintetik terhadap serangga perosak utama tanaman koko, Conopomorpha cramerella mengakibatkan risiko pencemaran alam sekitar yang tinggi dan menggugat organisma bukan sasaran. Oleh itu, racun perosak biorasional yang menyasarkan sebatian pengawal atur pertumbuhan serangga iaitu hormon juvenil (JH) secara spesifik adalah sangat diperlukan. Hormon juvenil (JH) mengawal atur proses biologi serangga seperti metamorfosis, pertumbuhan dan pembiakan manakala dalam tumbuhan, JH III bertindak sebagai strategi pertahanan. Oleh kerana peranan fisiologi JH III berbeza mengikut organisma, maka ciri-ciri biokimia, khususya kespesifikan substrat dan perencat analog juga mungkin berbeza. Dalam kajian ini, penulenan, pencirian serta pemodelan struktur enzim rekombinan farnesol dehidrogenase dari Theobroma cacao (rTcFolDH) and C. cramerella (rCcFolDH), yang merupakan salah satu enzim utama yang terlibat dalam tapak jalan biosintesis JH III telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk menulenkan dan menentukan ciri-ciri biokimia dan fisiokimia rTcFolDH and rCcFolDH serta menentukan perencat analog enzim. Kedua-dua enzim ini mempunyai struktur 3D lipatan Rossmann serta motif GxxxGxG (domain pengikat NADP(H)) yang terpulihara. rTcFolDH wujud sebagai homotrimer dengan berat molekul 36 kDa manakala rCcFolDH wujud sebagai homotetramer dengan berat molekul 27 kDa. Walaupun kedua-dua enzim sangat spesifik kepada koenzim, NADP+ and substrat, trans, trans-farnesol, masing-masing mempunyai affiniti yang berbeza. Bagi trans, trans-farnesol, nilai KM rTcFolDH adalah lebih tinggi berbanding rCcFolDH. Bagi NADP+ pula, nilai KM bagi rTcFolDH adalah lebih rendah berbanding rCcFolDH. Selain itu, kedua-dua enzim berbeza dari aspek perencatan analog. rTcFolDH mempunyai kadar perencatan tertinggi dengan farnesil asetat manakala rCcFolDH menunjukkan tahap perencatan tertinggi dengan heksahidrofarnesil aseton. Kajian ini mencadangkan walaupun kedua-dua enzim yang ditulenkan adalah farnesol dehidrogenase, namun ciri-ciri biokimia, khususya kespesifikan substrat dan perencat analog adalah berbeza bagi setiap enzim daripada sumber yang berbeza.,Ph.D.
Pages: 156
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124918+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
568.21 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.