Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515326
Title: | Kerangka penilaian kriteria 'bebas halangan' pada reka bentuk senibina kemudahan taman bandaran di kawasan Lembah Kelang |
Authors: | Che Zaliha Shahrum Taib (P64442) |
Supervisor: | Saiful Arif Abdullah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Reka bentuk Senibina Taman bandaran -- Lembah Kelang Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 6-Oct-2021 |
Description: | Dalam kehidupan fizikal masyarakat umum secara kebetulan masih menggunakan halangan sebagai sebahagian dari gaya hidup mereka. ‘Barrier Free’ (Bebas Halangan) merupakan suatu rangka kerja global‘Economic and Social Commission for Asia and the Pacific’dan merupakan evolusi kepada ‘Sustainable Developments Goal’ (SDG) untuk agenda pembangunan kelestarian PBB. Ianya memberi kemudahcapaian akses, keselamatan dan bertindakbalas dengan persekitaran terutama bagi orang ramai yang mempunyai pelbagai latar belakang keupayaan yang berbeza melalui reka bentuk senibina kemudahan (RSK) di taman bandaran. Di kebanyakan kes, taman bandaran sediada tidak menyediakan reka bentuk yang bebas halangan disebabkan daripada kekurangan penelitian RSK itu sendiri. Namun begitu, hal ini merupakan suatu keperluan agar setiap pengunjung yang datang dapat melakukan aktiviti tanpa sebarang halangan. Satu ‘kerangka penilaian asas’ yang lebih efektif, khusus untuk menilai status ‘Bebas halangan’ (BF) di taman bandaran diperlukan untuk tujuan penambahbaikan. Ianya perlu dilakukan kerana apabila sesuatu taman bandaran dibangunkan atau sedia ada namun tidak mendapat suatu penilaian asas secara berkesan, kepada status BF maka akhirnya masalah yang sama akan berulang. Dengan adanya ‘kerangka penilaian’ ini, kita akan dapat memperbaiki, memantau dan melihat keberkesanan sistem dan situasi kelestarian dapat diwujudkan. Objektif 1 kajian ini telah di capai apabila proses mengenalpasti kriteria (BF) yang diperlukan untuk RSK taman bandaran yang diperlukan untuk semua termasuk masyarakat kurang upaya dihasilkan. Objektif ke 2 adalah membangunkan kerangka penilaian khusus untuk menilai status barrier free RSK. ‘Teknik delphi’ dan juga kaji selidik secara purposive telah dilakukan, terdiri dari Pakar profesional dan pengunjung yang terdiri daripada kalangan masyarakat kurang upaya di taman bandaran (UP) sekitar Lembah Kelang. UP yang dipilih merupakan tempat tumpuan kebanyakan masyarakat bandar yang terdiri daripada pelbagai situasi fizikal untuk beriadah di samping lokasinya yang strategik. Data diperlukan bagi membuktikan kebolehpercayaan, menguji teori, membina fakta dan kewujudan perhubungan antara pembolehubah. Analisis umum yang digunakan adalah frekuensi, peratusan, min, sisihan piawaian dan taburan skor dalam pembentangan laporan. Pengumpulan data statistik dengan mengunakan perisian excel dan spss. Maka itu, satu ‘kerangka penilaian barrier free’ (KPBF) yang lebih praktikal telah terhasil, Seterusnya, untuk mencapai objektif 3 iaitu penilaian terhadap sejauh mana taman bandaran di Lembah kelang telah memenuhi prinsip asas ‘bebas halangan’ dapat dilaksanakan KPBF bertujuan mengukur tahap mesra kepenggunaan bagi merealisasikan kepentingan, keperluan dan hak orang awam, penilaian mengunakan skor. Hasil kajian mendapati KLCCUP telah mendapat skor tertinggi dan implementasi konsep BF adalah menyeluruh dan terkini, berbanding Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Shah Alam mengalami sedikit perselisihan skor disebabkan era ianya di bina. Dan halangan semulajadi wujud pada ke tiga UP berbanding yang dibina. Selain itu KPBF dapat mengesan dan mengoptimakan pengunaan konsep kelestarian di UP secara terperinci. Kesimpulanya, kepentingan pemantauan penelitian menghapuskan halangan di tapak perlu bagi membolehkan orang ramai menjalankan kehidupan dalam suasana harmoni tanpa sebarang penindasan. Oleh itu medium KPBF yang lebih efektif dapat memberi peningkatan kepada penglibatan dan menimbulkan kepercayaan masyarakat sepenuhnya. SDG dapat dicapai. Malahan, usaha pemerintah untuk memperbaiki taraf sosial kehidupan masyarakat kearah ‘bebas halangan’ dan ‘equality’ akan terlaksana.,Ph.D |
Pages: | 315 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126863+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.