Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515323
Title: Pembangunan biosensor DNA denggi berasaskan matriks penyokong berlainan melalui kompleks logam salfen sebagai label DNA dan kepentingan penglibatan komuniti alam integrasi biosensor DNA sebagai peranti sistem amaran awal
Authors: Nur-Fadhilah Mazlan (P81783)
Supervisor: Tan Ling Ling, Prof. Madya Dr.
Keywords: Denggi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-May-2021
Description: Terdapat empat serotip virus denggi (DENV 1, 2, 3, 4) yang bertanggungjawab dalam penularan denggi, dengan kejadian DENV 2 lebih banyak dilaporkan di Malaysia. Kaedah pengesanan konvensional dengan kekangan tempoh penentuan dan tidak serotip-spesifik, serta penyertaan masyarakat yang lemah telah menyumbang kepada kekerapan kes demam denggi (DD). Vaksin Dengvaxia® hanya menunjukkan 40% keberkesanan terhadap DENV 2. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan biosensor asid deoksiribonukleik (DNA) DENV 2 optik berasaskan matriks penyokong berlainan dengan kompleks logam salfen [M(salfen), M = Zn2+, Ni2+, Cu2+] berfungsi sebagai label hibridisasi DNA melalui pengukuran spektrofotometer pantulan, serta menilai kepentingan penglibatan komuniti dalam integrasi biosensor sebagai peranti sistem amaran awal. Sintesis kompleks M(salfen) diikuti dengan sintesis nSi-A (nanosfera silika terubahsuai amina) dan mA-NAS (mikrosfera akrilik terubahsuai Nakriloksisusinimida).Selain menemubual pihak berkepentingan, sebanyak 100 borang kaji selidik diedarkan di antara Kawasan Perumahan Kajang (RKj: 40), Kawasan Perindustrian Kajang (IKj: 40), dan Kawasan Kuala Selangor (KKs: 20). Sebanyak tiga M(salfen) yang baharu telah berjaya disintesis melalui tindak balas di antara ofenilenadiamina, 2,5-dihidroksibenzaldehid dan garam logam [M(OAc)2] selama 5 jam. Berdasarkan eksperimen, didapati Zn(salfen) adalah label DNA terbaik dengan respons pemantulan terbesar (λkerja = 694 nm, keamatan relatif = 127.56) berbanding dengan Ni(salfen) dan Cu(salfen). Puncak-puncak penting Zn(salfen) adalah seperti berikut: NMR 1H (400 MHz, DMSO-d6) δ: 6.57-6.59 (arom, H9), 6.76–6.77 (arom,H6), 6.82-6.85 (arom,H8), 7.34–7.36 (arom,H1), 7.86-7.88 (arom,H2), 8.52 (Ar-OH,H7), 8.87 (N=C-H,H4); NMR 13C (400 MHz, DMSO-d6) δ: 116.83, 118.39, 118.58, 123.92, 125.55, 127.49, 139.79, 145.10, 162.35, 167.20; FTIR (ATR) cm−1: 3333 (v-Ar-OH),3023 (v-Ar-C-H), 1611 (v-N=C-H), 1539-1363 (v-Ar-C=C), 1291 (v-C-N), 1217, 1151 cm−1 (v-C-O); ESI-MS m/z 432.9974 [M + Na]+. Biosensor berasaskan nSi-A memberikan julat linear 1.0×10−15–1.0×10−11 M (R2=0.998) (LOD: 1.0×10-21 M), 30-min masa hibridisasi, dan 20-hari jangka hayat. Bagi biosensor berasaskan mA-NAS, dapatan kajian menunjukkan 1×10-15 M–1×10-3 M (R2=0.9978) (LOD 1.21×10-16 M)15-min masa hibridisasi dan 4 kitaran kebolehgunaan semula. Analisis ujian-t dua sampel berpasangan menunjukkan tiada perbezaan signifikan dengan kaedah tindak balas rantai polimerase-transkripsi berbalik (RT-PCR) (darah: t=2.127, air kencing: t=1.879, air liur: t=0.197). Biarpun responden berpengetahuan tentang vektor denggi (100%), malangnya pengetahuan lain tentang denggi masih berkurangan. Komuniti menunjukkan sikap kebergantungan terhadap jabatan kesihatan (RKj: 75.0%, n=30, IKj: 52.5%, n=21, KKs: 90.0%, n=18), manakala keupayaan untuk berdikari sendiri menggunakan peranti denggi adalah RKj: 67.5% (n=27), IKj: 70.0% (n=28) dan KKs: 35.0% (n=7). Responden berminat untuk membeli sendiri kit denggi (RKj: 67.5%, IKj: 90%, KKs: 75%). Analisis deskriptif diperolehi daripada temubual dan soal selidik mendedahkan tingkah laku psikososial dan penerimaan terhadap peranti denggi yang baik adalah penting dalam integrasi biosensor DNA. Kesimpulannya, penentuan DENV yang pantas dan spesifik, serta aplikasi penuh potensi biosensor oleh komuniti sebagai langkah proaktif memainkan peranan penting dalam mencapai kawalan denggi yang lebih bersepadu dan mampan di Malaysia.,Ph.D.
Pages: 179
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124900+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.