Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515320
Title: Keberkesanan latihan kesiapsiagaan terhadap komuniti tempatan menghadapi bencana banjir di Kelantan
Authors: Norhafifi Haji Ismail (P65206)
Supervisor: Joy Jacqueline Pereira, Prof. Dr.
Keywords: Banjir -- Kelantan
Latihan Kesiapsiagaan Awam (LKA)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Sep-2021
Description: Bencana banjir merupakan fenomena yang sering berlaku di Malaysia sama ada secara mengejut mahupun secara berperingkat, terutamanya ketika Monsun Timur Laut. Oleh itu, Program Latihan Kesiapsiagaan Awam yang dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari semasa ke semasa adalah penting bagi memastikan impak bencana banjir dapat dikurangkan. Pengetahuan kesiapsiagaan, kesediaan dan penglibatan komuniti tempatan di Kelantan amat penting untuk menghadapi dan mengurangkan impak banjir. Justeru, kajian ini menilai keberkesanan Latihan Kesiapsiagaan Awam (LKA) yang diberikan oleh APM melalui penilaian tahap pengetahuan kesiapsiagaan (TPK), tahap kesediaan kesiapsiagaan komuniti tempatan (TKK), dan tahap penglibatan (TP) komuniti tempatan serta kesan sebelum dan selepas menerima latihan kesiapsiagaan awam. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kajian gabungan melalui temu bual mendalam dan borang soal selidik. Seramai 296 orang responden dipilih yang terdiri daripada komuniti tempatan di Kelantan. Temu bual mendalam ke atas kumpulan pakar daripada kepimpinan tertinggi pengurusan bencana negara seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), APM dan Jabatan Kebajkan Masyarakat (JKM) juga dilaksanakan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min komuniti tempatan di dalam menghadapi bencana banjir turut meningkat dan berada di tahap yang tinggi setelah menerima LKA, iaitu skor min TPK ialah 4.04, TKK pula 3.88, dan skor min TP komuniti tempatan adalah 3.80. Hasil dapatan kajian daripada temu bual juga menunjukkan bahawa LKA memberi impak yang cukup besar terhadap pengurangan populasi yang terjejas dalam bencana banjir dari tahun 2017 sehingga 2019, seterusnya dapat mengurangkan risiko banjir. Oleh itu, kesiapsiagaan menghadapi fenomena bencana banjir sangat penting bagi mengurangkan kesan banjir terhadap komuniti. Kesimpulannya, komuniti perlu sentiasa diberi kesedaran kesiapsiagaan menghadapi bencana. Kesimpulannya, komuniti perlu sentiasa diberi kesedaran kesiapsiagaan menghadapi bencana. Pihak APM dan NADMA juga perlu lebih proaktif dalam menggalakkan penglibatan komuniti agar terus mengikuti latihan kesiapsiagaan menghadapi sebarang bentuk bencana agar menjadi komuniti berdaya tahan.,Ph.D
Pages: 186
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124274+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.