Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515318
Title: | Kemudahterancaman dan daya tahan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di Wilayah Kelantan Selatan |
Authors: | Nor Zuriati Amani Ab Rani (P85975) |
Supervisor: | Rospidah Ghazali, Dr. |
Keywords: | Pembangunan wilayah -- Kelantan Pendapatan isi rumah -- Kelantan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Aug-2021 |
Description: | Pembangunan wilayah merupakan salah satu strategi yang diguna pakai kerajaan di dalam menangani isu ketidak seimbangan pembangunan di Malaysia sejak dari tahun 1970 an. Walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan berdasarkan dasar utama negara, masih terdapat segolongan penduduk yang masih terpinggir dan Wilayah Kelantan Selatan (WKS) adalah satu kes lokasi yang perlu dikaji bagi melihat permasalahan ketidak seimbangan wilayah yang wujud di Malaysia. WKS merupakan sebuah wilayah yang terletak di Negeri Kelantan dan dikenalpasti mencatatkan pendapatan purata isi rumah paling rendah terutamanya kumpulan isi rumah B40 yang menyebabkan mereka berhadapan kemudahterancaman multidimensi dan memiliki kemudahan aset yang lemah dan terhad. Kumpulan isi rumah B40 merupakan fokus utama kerajaan dalam pembangunan inklusif melalui RMke-10 (2011-2015), RMke-11 (2016-2020) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB30) seiring dengan komitmen negara ke arah agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor faktor kemudahterancaman dan faktor penentu pendapatan isi rumah B40 di WKS. Selain itu, kajian turut menganalisis pemilikan dan akses terhadap aset-aset penghidupan dan strategi berdaya tahan dalam menerangkan variasi hasil penghidupan kumpulan isi rumah B40 di WKS serta menilai keberkesanan program pembangunan dalam meningkatkan daya tahan isi rumah. Kerangka Penghidupan Lestari digunakan sebagai kerangka kajian dan data diperoleh menerusi instrumen soal selidik secara bersemuka ke atas 385 orang responden yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 24 dan Model Persamaan Berstruktur (MPB) melalui platform Analysis of Moment Structure (AMOS) versi 24. Hasil analisis faktor mendapati isi rumah B40 di WKS berhadapan dengan kemudahterancaman ekonomi, sosial/fizikal dan alam sekitar. Analisis model regresi penentu pendapatan disebabkan oleh faktor umur, bilangan isi rumah, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, aktiviti pekerjaan sampingan dan kesihatan. Analisis pemilikan dan akses terhadap aset-aset penghidupan mendapati aset fizikal, aset kewangan, aset manusia, aset sosial dan aset semulajadi mempunyai hubungan yang signifikan terhadap strategi berdaya tahan dan hasil penghidupan. Sementara itu, program-program ekonomi, sosial dan skim pembiayaan yang diberikan kerajaan sangat berkesan dalam meningkatkan daya tahan isi rumah. Berdasarkan hasil kajian ini, dicadangkan isi rumah mempelbagaikan pekerjaan dan portfolio punca pendapatan bagi mengatasi ancaman yang dihadapi. Isi rumah disarankan memiliki aset yang mencukupi bagi memenuhi kelangsungan hidup. Kemudahan infrastruktur dan akses oleh kerajaan perlu dipertingkatkan dan program-program pembangunan sedia ada juga diteruskan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah B40 di WKS dan mengekalkan kelestarian hidup mereka.,Ph.D. |
Pages: | 365 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123602+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 3.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.