Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515316
Title: Perlaksanaan amalan pertanian lestari di kawasan IADA Barat Laut Selangor melalui pendekatan sosial atau inovasi
Authors: Sukati Sakka (P61485)
Supervisor: Ahmad Fariz Mohamed, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pertanian
Lestari
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2020
Description: Kajian ini menghujahkan pendekatan yang mempengaruhi penerimaan amalan pertanian lestari di kalangan petani padi di kawasan IADA Barat Laut, Selangor. Dua pendekatan yang dikenalpasti adalah pendekatan sosial dan pendekatan inovasi. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif, justeru, untuk tujuan tersebut teknik mendapatkan data melibatkan kajian kes terhadap petani sawah padi dengan temubual dan semakan dokumen menjadi instrumen utama kepada pengumpulan maklumat. Seramai 15 orang responden yang mewakili sejumlah 4000 petani terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada ketua-ketua blok sawah padi dan ahli-ahlinya. Kajian ini menggunakan aplikasi Nvivo di mana semua rakaman temubual dan analisis dokumen dipindahkan dalam bentuk transkrip dan dianalisis berasaskan indeks kebolehpercayaan Cohen Kappa bagi menganalisis tema. Analisis Nvivo yang dilaksanakan bagi membuktikan adakah pendekatan sosial atau pendekatan inovasi mempengaruhi penerimaan amalan pertanian lestari di kawasan kajian seterusnya membentuk model akhir kajian. Keseluruhan analisis dokumen mengandungi dua belas tema utama manakala analisis temubual mengandungi sebelas tema utama yang menggambarkan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan amalan pertanian lestari. Dapatan kajian membuktikan dua pemerhatian yang utama. Pertama yang bersandarkan kepada pendekatan sosial iaitu sosio-ekonomi, ciri-ciri peribadi (personaliti), komunikasi, pendidikan dan sumber maklumat dan pendekatan inovasi iaitu kelebihan relatif, perbandingan, kerumitan, boleh uji, dan pemerhatian. Pertama, kesemua sepuluh faktor telah berperanan dalam mempengaruhi penerimaan amalan pertanian lestari. Kedua, yang berasaskan kepada faktor program dan polisi kerajaan dan agen pengembangan di mana kedua-dua faktor ini amat mempengaruhi penerimaan amalan pertanian lestari terutama dalam program-program dan bantuan kerajaan serta penyampaian maklumat yang berkesan oleh agen pengembangan sebagai pemudahcara dan sebagai agen perubahan kepada petani untuk mengamalkan pertanian secara lestari. Model baharu yang dibentuk dalam kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak Jabatan Pertanian dalam meningkatkan penerimaan amalan pertanian lestari di kalangan petani.,Ph.D
Pages: 285
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122320+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.