Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515300
Title: Kemudahterancaman pengusaha pelancongan kesan daripada bencana gempa bumi Ranau 2015
Authors: Ak. Mohd Rafiq Ak. Matusin (P86105)
Supervisor: Chamhuri Siwar, Prof. Emeritus
Keywords: Tourism -- Malaysia -- Sabah
Natural disasters -- Psychological aspects
Sabah -- Description and travel
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Dec-2019
Description: Kejadian bencana alam merupakan cabaran terbesar buat sektor pelancongan dan ini membuka peluang kepada integrasi pengurusan bencana alam di dalam pelan pembangunan pelancongan bagi memperkukuhkan kelestarian sektor ini. Kejadian bencana gempa bumi yang melanda Daerah Ranau pada Jun 2015 telah memperlihatkan impak kemusnahan kepada persekitaran fizikal daerah ini di samping beberapa insiden kemalangan jiwa turut dilaporkan. Beberapa kajian saintifik telah dijalankan rentetan kejadian bencana gempa bumi tersebut dari pelbagai aspek. Namun begitu, kajian berkaitan kemudahterancaman bagi sektor pelancongan Ranau terhadap kejadian bencana gempa bumi 2015 masih lagi terhad. Walhal sektor pelancongan merupakan antara agen pembangunan dan sumber ekonomi utama bagi daerah ini dan kemudahterancaman ke atas sektor ini secara tidak langsung turut menjejaskan nadi pembangunan dan sosio-ekonomi penduduk Daerah Ranau. Maka itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kemudahterancaman pengusaha pelancongan Ranau terhadap kejadian bencana gempa bumi 2015. Bagi memandu penerokaan tersebut, Kerangka Kemudahterancaman Pelancongan untuk Kelestarian (KKPK) telah dibentuk yang merangkumi empat elemen teras di dalamnya iaitu Keterdedahan, Sensitiviti, Daya Tindak dan Penyesuaian. Bagi mencapai maksud kajian, pendekatan kualitatif menerusi kajian kes telah digunakan sebagai reka bentuk kajian untuk membentuk metodologi kajian ini. Kaedah temubual mendalam terhadap 30 responden dan 5 informan dilakukan bagi mendapatkan maklumat daripada para responden, diikuti dengan pemerhatian pasif. Tanskripsi verbatim dilakukan ke atas rakaman audio temubual, manakala analisis tematik diaplikasi bagi menyusun atur hasil dapatan kajian. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa pengusaha pelancongan Ranau mengalami tahap kemudahterancaman yang signifikan terhadap kejadian bencana gempa bumi 2015 yang terbentuk hasil gabungan keterdedahan dan sensitiviti mereka. Meskipun begitu, mereka berupaya untuk membentuk sistem adaptasi bagi mendepani kemudahterancaman tersebut terutamanya menerusi penerapan pengurusan bencana alam. Signifikannya, hasil dapatan kajian ini diyakini mampu menyumbang kepada penambahan ilmu di dalam bidang pelancongan lestari melalui integrasinya dengan pengurusan bencana alam menerusi Pendekatan Kemudahterancaman. Implikasinya, ini menggalakkan penerapan pengurusan bencana alam di dalam pelan pembangunan pelancongan Ranau semasa bagi memperkukuhkah lagi kelestarian pembangunan pelancongan mereka dengan lebih holistik khasnya mendepani kejadian bencana alam. Tidak terkecuali implikasi kajian ini sebagai bahan sokongan kepada pemahaman Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) khususnya matlamat ke sebelas iaitu Bandar dan Komuniti Lestari.,Ph.D.
Pages: 287
Call Number: DS597.332.A396 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118597+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
206.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.