Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515299
Title: Nilai sepunya untuk pemuliharaan warisan tabii di Langkawi UNESCO Global Geopark
Authors: Salsela Saidin (P59357)
Supervisor: Norzaini Azman, Prof. Dato’ Dr.
Keywords: Geoparks -- Malaysia -- Langkawi Island (Kedah)
National parks and reserves -- Malaysia -- Langkawi Island (Kedah)
Geology -- Malaysia -- Langkawi Island (Kedah)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Jan-2020
Description: Pulau Langkawi adalah sebuah kepulauan yang mana komunitinya masih berpegang teguh kepada adat resam dan tradisi setempat dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kemuafakatan berasaskan konsep nilai sepunya dapat membantu komuniti mengharungi pelbagai isu dan cabaran hidup bermasyarakat. Namun demikian, konsep nilai sepunya ini masih belum diketengahkan sebagai elemen penting dalam usaha pemuliharaan. Maka, objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan nilai sepunya dan mengkaji tahap penerimaannya dalam kalangan komuniti tempatan. Seterusnya, kajian juga bertujuan membina satu kerangka asas pendidikan awam yang lebih bersesuaian untuk mengukuhkan nilai sepunya ke arah melestarikan aktiviti pemuliharaan warisan tabii di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG). Reka bentuk kajian eksploratori dilaksanakan melalui kaedah percampuran kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif melibatkan temu bual seramai 45 orang komuniti tempatan dari sembilan buah kampung berhampiran kawasan pemuliharaan Machincang, Kilim dan Dayang Bunting Geoforest Park. Pendekatan kuantitatif pula dilakukan dengan mengagihkan borang soal selidik kepada 600 orang responden yang dipilih secara persampelan mudah di LUGG. Kajian kualitatif telah membangunkan lima nilai sepunya merangkumi: (1) warisan tabii dan pemuliharaan; (2) integriti alam sekitar; (3) perkhidmatan alam sekitar; (4) estetik dan keindahan; dan (5) pembangunan sosio-ekonomi setempat. Analisis deskriptif kajian kuantitatif mendapati tahap penerimaan nilai sepunya dalam kalangan komuniti tempatan terhadap warisan tabii dan pemuliharaan adalah tinggi diikuti dengan estetik dan keindahan, dan pembangunan sosio-ekonomi setempat. Manakala, bagi integriti alam sekitar dan perkhidmatan alam sekitar masing-masing berada pada tahap sederhana rendah. Triangulasi dapatan secara keseluruhannya menunjukkan terdapat lima nilai teras yang menyumbang kepada pengukuhan nilai sepunya iaitu: (1) cintai warisan tabii dan keindahan; (2) interaksi alam sekitar; (3) manfaat serta peluang; (4) penglibatan bersama; dan (5) penghayatan sepunya. Berdasarkan penemuan ini, satu kerangka asas pendidikan awam telah dibangunkan dengan mengambil kira kepentingan nilai sepunya dan nilai teras. Kerangka ini diharap boleh dijadikan garis panduan dalam merangka pelbagai program pendidikan awam yang lebih efektif untuk pengukuhan nilai sepunya di LUGG.,Ph.D.
Pages: 336
Call Number: SB484.M3S238 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118593+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
197.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.