Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515292
Title: Impak perubahan persekitaran terhadap kemudahterancaman Orang Asli Jahai di rancangan pengumpulan semula Air Banun, Perak
Authors: Ronzi Mohd Yusoff (P59712)
Supervisor: Joy Jacqueline Pereira, Prof. Dr.
Keywords: Orang Asli (Malaysian people) -- Housing -- Malaysia
Orang Asli (Malaysian people) -- Social conditions
Orang Asli (Malaysian people) -- Economic conditions
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Feb-2020
Description: Perubahan persekitaran akibat tindakan antropogenik diakui sebagai punca utama kepada kemerosotan alam sekitar pada masa kini. Hampir keseluruhan kawasan daratan telah diteroka dan diubah oleh manusia. Persekitaran yang telah berubah memberi impak yang signifikan terhadap masyarakat peribumi yang mana masih bergantung kepada sumber tabii bagi meneruskan kelangsungan hidup. Orang Asli Jahai yang mendiami Belum-Temengor merupakan salah satu daripada 18 etnik peribumi yang terdapat di Semenanjung Malaysia yang mana turut terkesan akibat daripada perubahan persekitaran yang berlaku di sekeliling mereka. Transformasi ekonomi yang pesat telah menyebabkan perubahan besar terhadap persekitaran biofizikal di Semenanjung Malaysia dan memberi kesan yang besar ke atas masyarakat Orang Asli termasuklah Orang Asli Jahai. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemudahterancaman komuniti Orang Asli Jahai sebelum dan selepas kawasan Belum-Temengor diteroka; menganalisis perubahan yang berlaku di persekitaran Belum-Temengor dan impaknya ke atas kemudahterancaman komuniti Orang Asli Jahai; dan mencadangkan saranan bagi mengurangkan kemudahterancaman komuniti tersebut. Kajian ini dijalankan pada 2014 dan 2015 di RPS Air Banun, Gerik, Perak. Kaedah kajian yang diaplikasi ialah tinjauan menggunakan borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian yang mana melibatkan 48 responden dari enam buah kampung dan 10 orang informan utama. Data sekunder yang diperolehi daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) turut dianalisis untuk mengenal pasti trend perubahan persekitaran fizikal kawasan tersebut. Dua aspek kemudahterancaman yang signifikan telah dikesan akibat perubahan persekitaran ialah kemudahterancaman biofizikal dan sosioekonomi. Kemudahterancaman biofizikal wujud akibat perubahan yang berlaku terhadap persekitaran kawasan yang didiami oleh komuniti yang mana disebabkan oleh pembinaan empangan hidro elektrik dan program penempatan semula. Manakala kemudahterancaman sosioekonomi pula dipengaruhi oleh ciri-ciri demografi dan kebergantungan komuniti terhadap sumber tabii dalam menjana sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup. Kedua-dua aspek kemudahterancaman tersebut memburukkan lagi aspek keterdedahan (exposure) komuniti tersebut kepada tekanan-tekanan yang wujud akibat daripada perubahan pada persekitaran biofizikal dan soioekonomi yang mana memberi kesan kepada aspek keupayaan beradaptasi (adaptive capacity) mereka. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini menyarankan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan kemudahterancaman komuniti contohnya seperti program penghasilan sumber makanan sendiri oleh komuniti dengan kerjasama daripada institusi seperti FELDA dan FELCRA. Saranan yang diberikan diharap dapat menyumbang ke arah implikasi polisi terhadap pembentukan dasar pembangunan masyarakat Orang Asli, khususnya komuniti Jahai, bagi mengurangkan kemudahterancaman mereka akibat daripada persekitaran yang semakin berubah demi kelestarian generasi kini dan masa depan.,Ph.D.
Pages: 158
Call Number: DS595.2.O73R636 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117543+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
100.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.