Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515288
Title: Tingkah laku penggunaan racun makhluk perosak secara selamat oleh petani Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Selangor
Authors: Roslina Mat Salleh (P50775)
Supervisor: Mazlin Mokhtar, Prof. Dato’ Dr.
Keywords: Racun makhluk perosak
Keselamatan
Petani
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Mar-2018
Description: Penggunaan racun makhluk perosak (RMP) tanpa mematuhi peraturan keselamatan, boleh menyebabkan kesan sampingan yang memudaratkan. Kajian lepas menunjukkan petani didapati tidak mematuhi peraturan dan langkah keselamatan semasa menggunakan RMP. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi tingkah laku penggunaan RMP secara selamat oleh petani. Model konseptual kajian ini adalah diubahsuai berdasarkan model oleh Ajzen (2005) iaitu Teori Tingkah laku Terancang yang mencadangkan faktor dalaman petani iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku penggunaan RMP secara selamat mungkin mempengaruhi tingkah laku penggunaan RMP secara selamat oleh petani. Kerangka kajian ini juga mencadangkan faktor latar belakang petani (umur, pendapatan, pendidikan, pengalaman kesihatan, saiz ladang dan tempoh pengalaman guna RMP) pula mungkin mempengaruhi faktor dalaman petani. Kesemua 350 petani Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Negeri Selangor telah dipilih sebagai responden. Hasil analisis Regresi Pelbagai Peringkat mendapati bahawa persepsi kawalan tingkah laku penggunaan RMP secara selamat oleh petani merupakan kunci penting dalam menentukan tingkah laku penggunaan RMP secara selamat oleh petani. Ini menunjukkan bahawa untuk membolehkan petani berlaku adil terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia dalam penggunaan RMP, petani mestilah mempunyai kawalan ke atas persekitaran dan tingkah laku mereka. Kajian ini juga memberikan implikasi terhadap beberapa perkara dalam memperbaiki tingkah laku penggunaan RMP petani. Oleh kerana pelaksanaan tingkah laku didapati boleh dihalang oleh faktor-faktor yang berada di luar kawalan maka menggunakan strategi berasaskan pengetahuan semata-mata adalah tidak memadai. Oleh itu kajian ini mendapati bahawa perkara yang amat penting adalah memberi perhatian serius terhadap pembangunan peranan yang perlu dimainkan secara holistik yang merangkumi pelbagai pihak yang berkepentingan iaitu pihak petani, peniaga, pengguna, Kementerian Pertanian, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, pendidikan awam, Jabatan kastam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga persatuan pengguna. Usaha untuk mengintegrasikan semua pihak di atas memerlukan sistem tadbir urus RMP bersepadu yang baik dengan membina rangkaian dan persefahaman bersama antara semua pemegang kepentingan. Sistem tadbir urus bersepadu ini perlu benar-benar meletakkan keutamaan untuk menjaga keselamatan manusia dan alam sekitar sebagai agen hubungan sosial yang mengikat di peringkat organisasi, institusi dan individu. Faktor menjaga keselamatan ini perlu dimasukkan ke dalam pembangunan sistem tadbir urus RMP bersepadu untuk mencapai matlamat penggunaan RMP secara lestari yang mengambil kira fungsi dan tanggungjawab masing-masing pihak yang berkepentingan. Seterusnya, latihan dan intervensi yang dijangka memberi kesan yang besar dari segi kualiti dan kuantiti perlulah dirangka untuk membimbing petani bagaimana untuk mengamalkan tingkah laku yang selamat dalam penggunaan RMP.,Ph.D.
Pages: 299
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112695+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.