Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515286
Title: Pembentukan kerangka pengurusan bersepadu sungai bandar Alur Ilmu ke arah pemuliharaan dan pemeliharaan sumber air
Authors: Mohd Hafiyyan Mahmud (P83833)
Supervisor: Lee Khai Ern, Dr.
Keywords: Water-supply -- Malaysia -- Management
Sustainable development -- Malaysia
Water quality management -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Jan-2019
Description: Perkembangan bandar dan pembangunan ekonomi memaksimakan penggunaan tanah, justeru sungai semulajadi telah dikonkritkan menjadi sungai bandar untuk mempercepatkan perlepasan air larian berlebihan serta menstabilkan struktur tanah dan mendedahkan badan air kepada pencemaran pada waktu yang sama. Oleh yang demikian, air sungai bandar tidak dilihat sebagai sumber air berharga. Alur Ilmu merupakan sungai bandar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kampus Bangi, yang terdedah kepada pelbagai sumber pencemaran. Pengurusan sedia ada kurang berkesan untuk memulihara dan memelihara sungai bandar ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai status terkini kualiti air Alur Ilmu; menilai tahap pengetahuan, sikap, amalan dan penyertaan pihak berkepentingan UKM Bangi bagi pengurusan air Alur Ilmu dalam mempengaruhi status kualiti airnya; dan membentuk pengurusan air bersepadu untuk Alur Ilmu. Status pencemaran air Alur Ilmu telah dinilai menerusi analisis kualiti air berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) dan dimodelkan dengan menggunakan Model Kriging untuk analisis taburan spasial IKA. Pengetahuan, sikap, amalan dan penyertaan pihak berkepentingan UKM Bangi dalam pemuliharaan dan pemeliharaan Alur Ilmu telah dinilai dengan menggunakan soal selidik. Pembentukan kerangka pengurusan bersepadu Alur Ilmu menerusi penambahbaikan pengurusan semasa dengan menggunakan pendekatan berstruktur dan tidak berstruktur dalam pemuliharaan dan pemeliharaan sungai bandar. Kajian ini menunjukkan bahawa IKA berada pada tahap yang paling tercemar semasa hari panas dalam bulan Jun 2015 iaitu 68.85 (Kelas III) dan stesen paling tercemar adalah AL5 (Kafeteria FST) diikuti oleh AL12 (EkoNiaga) dan AL8 (Parkir kereta) serta trend kualiti air Alur Ilmu semakin menurun mengikut tahun. Kajian soal selidik mendedahkan terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan, sikap dan amalan mereka menerusi analisis regresi. Hubungan antara pengetahuan, sikap dan amalan adalah berperingkat di mana pengetahuan diperlukan untuk meningkatkan sikap responden dan sikap diperlukan untuk meningkatkan amalan yang tidak mencemarkan Alur Ilmu. Selain itu, terdapat persepsi yang salah di kalangan pihak berkepentingan UKM Bangi mengenai Alur Ilmu di mana mereka melihat Alur Ilmu sebagai parit atau longkang yang mengakibatkan amalan pengurusan yang lemah. Alur Ilmu memerlukan pendekatan berstruktur dan tidak berstruktur bagi membentuk kerangka pengurusan bersepadu. Rawatan air di lapangan berjaya meningkatkan nilai purata IKA dari 68.85 ke 79.87 dalam tempoh kurang daripada 10 bulan. Manakala, pembangunan kapasiti yang telah dijalankan berjaya menambahbaikkan pengetahuan dan sikap pelajar tahun satu dengan membangunkan konvensi sosial berdasarkan analisis tema dan menanam aspirasi mereka untuk pemuliharaan dan pemeliharaan Alur Ilmu. Akhir sekali, kerangka pengurusan bersepadu Alur Ilmu telah dibentuk untuk memulihara dan memelihara Alur Ilmu sebagai kerangka pengurusan lembangan badan air di UKM yang memberi hala tuju ke arah pembangunan lestari. Sebagai kesimpulan, untuk anjakan paradigma pengurusan Alur Ilmu secara lestari memerlukan penyelesaian teknikal dan penyertaan kesemua pihak berkepentingan UKM Bangi bagi mencapai matlamat pengurusan air sebagai sumber berharga.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 453
Call Number: TD313.M32M844 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110789+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.