Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515285
Title: Tingkah laku dan cabaran dalam sektor perhotelan ke arah kelestarian pengurusan sisa makanan di Pulau Langkawi
Authors: Saraswathy Kasavan (P80746)
Supervisor: Ahmad Fariz Mohamed, Prof. Madya Dr.
Keywords: Food waste -- Malaysia
Food supply
Hospitality industry -- Management
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-May-2019
Description: Pihak pengurusan hotel hanya memberi tumpuan kepada tiga elemen kelestarian utama iaitu pengurusan tenaga, air dan sisa yang dikitar semula (seperti botol, plastik, kertas, aluminium). Namun, kebanyakan pihak pengurusan hotel masih kurang sedar peluang terbesar di sebalik kecekapan penggunaan sumber yang tersembunyi pada kelestarian pengurusan sisa makanan. Mereka masih kurang menetapkan sasaran dan strategi yang sesuai bagi kelestarian pengurusan sisa makanan (KPSM). Usaha mencapai KPSM di sektor hotel tidak lengkap tanpa menganalisis tingkah laku pihak pengurusan hotel dan juga mengenal pasti sebab-sebab yang menyumbang kepada penghasilan sisa makanan yang tinggi. Maka kajian tesis ini menggunakan model KAP (pengetahuan, sikap dan amalan) untuk mengkaji tingkah laku pihak pengurusan hotel mengenai pengurusan sisa makanan di Pulau Langkawi serta menentukan hubungannya. Kaedah soal selidik telah digunakan dengan melibatkan 42 orang pihak pengurusan hotel yang mewakili 42 buah hotel tersebut. Seterusnya, penelitian terhadap cabaran dalam pengurusan sisa makanan bagi sektor hotel dilaksanakan melalui pemerhatian di kerja lapangan dan temu bual terfokus terhadap 23 pihak pengurusan hotel. Analisis dapatan kajian kuantitatif mengenai KAP mendapati bahawa pengetahuan bagi pengurusan sisa makanan lebihan (purata= 3.34) dan pengurusan sisa pada pinggan pelanggan (purata=3.48) adalah masih sederhana. Seterusnya, responden mempunyai tahap sikap yang sederhana bagi aspek guna semula (purata=3.17) dan pemulihan tenaga (purata=3.66). Kebanyakan responden masih kurang mengamalkan audit sisa (31%) dan aktiviti kompos (23.8%) sebelum sisa makanan hotel mereka dihantar ke tapak pelupusan. Selain itu, kajian ini mendapati terdapat hubungan positif yang kuat antara pengetahuan, sikap dan amalan ke arah kelestarian pengurusan sisa makanan. Hasil analisis kandungan kualitatif telah mengenal pasti sembilan cabaran dalam pengurusan sisa makanan. Empat daripada sembilan faktor adalah cabaran mempengaruhi pelaksanaan kelestarian pengurusan sisa makanan secara dalaman organisasi hotel iaitu (1) pengurusan dan polisi hotel; (2) kemahiran profesional; (3) kesediaan infrastruktur dan teknologi serta (4) audit dan pengasingan sisa. Manakala tiga faktor cabaran pula mempengaruhi secara luaran organisasi hotel seperti (5) sikap pelanggan terhadap penggunaan makanan; (6) menerima kualiti bekalan bahan mentah dan (7) sistem pengutipan sisa. Diikuti, dua faktor lagi iaitu (8) komunikasi berkesan dan (9) pendidikan dan kesedaran telah mempengaruhi gabungan faktor secara dalaman dan luaran organisasi hotel. Justeru, kajian ini mencadangkan lima strategi utama dan beberapa langkah ke arah mencapai kelestarian pengurusan sisa makanan bagi sektor perhotelan Langkawi. Lima strategi tersebut adalah (1) pendidikan dan kesedaran; (2) pengasingan sisa dan pengkomposan; (3) motivasi ekonomi dan pasaran; (4) rangkaian dan (5) sokongan perundangan. Kajian ini memberikan maklumat dan idea kepada organisasi perhotelan dalam mengurangkan penghasilan sisa makanan dan pada masa yang sama dapat menjimatkan kos operasi hotel serta mengekalkan aspirasi hotel ke arah amalan mesra alam.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 274
Call Number: TD804.S273 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110284+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.