Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515281
Title: Pembangunan kerangka kelestarian kurikulum untuk program kejuruteraan di universiti Malaysia
Authors: Woo Yoke Ling (P56805)
Supervisor: Mazlin Mokhtar, Prof. Dato’ Dr.
Keywords: Sustainable development -- Study and teaching (Higher)
Sustainable development Malaysia
Engineering -- Study and teaching (Higher)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Aug-2018
Description: Pengintegrasian konsep kelestarian ke dalam program pendidikan tinggi adalah penting bagi mencapai kelestarian pembangunan, terutamanya untuk mengubah pemikiran dan amalan dalam kalangan bakal profesional. Dalam konteks universiti di Malaysia, program kejuruteraan amat menekankan akan penghasilan jurutera yang mampu menangani cabaran kelestarian pembangunan. Namun begitu, pengintegrasian konsep kelestarian dalam program kejuruteraan masih kurang syumul di mana pengintegrasian tersebut lebih fokus kepada pendekatan berasaskan subjek atau pengintegrasian secara skala kecil. Antara sebabnya adalah kewujudan jurang pengetahuan dalam penghasilan kurikulum program kejuruteraan yang bersepadu dengan konsep kelestarian. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan panel pakar untuk membangunkan satu kerangka kelestarian kurikulum untuk program kejuruteraan. Khususnya, objektif kajian ini adalah untuk memahami konsep kelestarian pendidikan, mengenal pasti kepentingan pengintegrasian konsep kelestarian ke dalam program kejuruteraan dalam konteks universiti Malaysia, dan membina kriteria serta senarai penunjuk kelestarian kurikulum untuk program kejuruteraan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah Delphi. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan untuk memilih ahli panel pakar Delphi berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang pendidikan kejuruteraan dan pendidikan untuk pembangunan lestari. Seramai 12 orang pakar bidang pendidikan kejuruteraan dan tiga orang pakar bidang pendidikan untuk pembangunan lestari telah terlibat dalam pusingan pertama kajian Delphi. Temu bual bersemuka dan temu bual melalui e-mel telah digunakan untuk mendapatkan data daripada panel pakar. Data kualitatif yang diperolehi dalam pusingan pertama kajian Delphi telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Seterusnya, seramai 15 orang pakar bidang pendidikan kejuruteraan (sembilan orang pakar dari pusingan pertama kajian Delphi dan enam orang pakar baru) telah terlibat dalam pusingan kedua dan ketiga kajian Delphi untuk menentusahkan penunjuk-penunjuk yang telah dibangunkan. Instrumen soal selidik yang dibina daripada dapatan pusingan terdahulu telah digunakan untuk mengumpul data daripada panel pakar. Statistik deskriptif berbentuk Ukuran Kecenderungan Berpusat telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Satu kerangka kelestarian kurikulum yang mengandungi 16 kriteria utama dan 118 penunjuk untuk program kejuruteraan di universiti Malaysia telah dibangunkan melalui kajian ini. Hasil kajian ini telah memberi input baharu kepada model dan kerangka kelestarian pendidikan sedia ada yang lebih umum dengan pembentukan satu kerangka menyeluruh yang menjurus kepada kelestarian kurikulum untuk program kejuruteraan. Dapatan kajian yang memperincikan strategi pelaksanaan bagi setiap kriteria yang dikenal pasti dapat memberi gambaran yang jelas mengenai pengintegrasian konsep kelestarian ke dalam kurikulum program kejuruteraan. Selain itu, hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai garis panduan bagi mereka bentuk dan pelaksanaan program kejuruteraan serta menjalankan penyelidikan yang berkaitan supaya dapat memberi sumbangan dalam pembangunan dan pelaksanaan kurikulum program kejuruteraan yang berorientasikan konsep kelestarian dengan berkesan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 553
Call Number: HC79.E5W644 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110172+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.