Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515276
Title: Persepsi pelaksana dan penerima terhadap kelestarian inisiatif CSR berasaskan program pendidikan: kajian kes yayasan korporat terpilih di Malaysia
Authors: Naziatul Aziah Mohd Radzi (P80743)
Supervisor: Sharina Abdul Halim, Dr.
Keywords: Social responsibility of business -- Malaysia
Corporate governance -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Apr-2019
Description: Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah satu bentuk amalan yang dilaksanakan oleh sektor korporat bagi memenuhi jangkaan pihak berkepentingan terhadap motif ekonomi, undang-undang, etika dan filantropi. Kebanyakan kajian CSR lepas lebih bertumpu kepada aspek dalaman sesebuah organisasi, namun masih lagi kurang dalam aspek luaran, khususnya pembangunan modal insan. Kajian lepas melihat peranan CSR bukan sahaja terhadap prestasi korporat tetapi juga sebagai alat yang dapat menangani masalah pembangunan dan alam sekitar. Di Malaysia, inisiatif CSR banyak dilakukan dalam aspek pembangunan komuniti setempat, kesihatan, alam sekitar dan pendidikan. Namun, keberkesanan pelaksanaan inisiatif CSR masih kurang jelas dari segi sumbangannya terhadap pihak berkepentingan khususnya dalam program berasaskan pendidikan. Oleh itu, tiga objektif utama dibina untuk menjawab permasalahan kajian iaitu mengenal pasti motif inisiatif CSR oleh yayasan korporat terpilih; mencirikan aspek kejayaan kritikal dan cabaran terhadap inisiatif CSR oleh yayasan korporat terpilih; menentukan sumbangan inisiatif CSR berasaskan program pendidikan oleh yayasan korporat terpilih ke arah pembangunan modal insan. Kerangka konseptual teori pihak berkepentingan digunakan untuk menerangkan hubungan antara sektor korporat dengan pihak berkepentingan melalui inisiatif CSR berasaskan program pendidikan. Kaedah soal selidik berstruktur, pemerhatian di lapangan dan temubual informal telah dijalankan terhadap empat yayasan korporat terpilih iaitu Bank Rakyat, Hong Leong Bank, Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad. Sejumlah 35 kumpulan pelaksana dan 416 kumpulan penerima telah dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Analisis utama dapatan kajian menunjukkan bahawa motif inisiatif CSR berasaskan program pendidikan (tajaan biasiswa, bantuan persekolahan, bengkel dan seminar) dalam kalangan pihak pelaksana dan penerima berkecenderungan kepada motif intrinsik (etika, undang-undang, filantropi) berbanding ekstrinsik (ekonomi). Ini menunjukkan bahawa kebanyakan yayasan korporat lebih menitikberatkan rasa tanggungjawab kepada pihak berkepentingan dalam pelaksanaan inisiatif CSR. Keberkesanan inisiatif CSR turut bergantung kepada aspek kejayaan kritikal yang tertumpu kepada faktor strategik iaitu pembentukan, pelaksanaan dan perancangan. Namun, sumbangan program inisiatif CSR sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta motivasi pihak penerima dipengaruhi oleh kos tinggi, pelaksanaan yang rumit dan kurang sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Berdasarkan motif intrinsik, elemen penyertaan dan peningkatan kualiti serta motivasi dalam kalangan pihak penerima dan pelaksana menunjukkan bahawa yayasan korporat terpilih memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan program pendidikan ke arah pembangunan modal insan. Pelaksanaan inisiatif CSR berasaskan program pendidikan perlu diperkukuhkan oleh sektor korporat secara berterusan dan bersepadu agar dapat membantu pihak bertanggungjawab menambah baik penyampaian dan akses dalam pendidikan untuk kelestarian generasi kini dan masa hadapan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 252
Call Number: HD60.5.M4N395 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109511+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
931.31 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.