Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515268
Title: Pemilikan rumah penyumbang kepada pembentukan kedayahunian bandar: kajian kes bandar Kajang, Selangor Darul Ehsan
Authors: Elia Syarafina Abdul Shakur (P72618)
Supervisor: Ahmad Fariz Mohamed, Prof. Madya Dr.
Keywords: Home ownership -- Malaysia
Community development
Urban -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Feb-2018
Description: Rumah merupakan keperluan asas bagi individu serta keluarga. Bagaimanapun, realitinya ramai penduduk Malaysia terutama golongan muda menghadapi kesukaran untuk membeli dan memiliki rumah pada masa kini akibat peningkatan harga. Kesukaran memiliki rumah telah menjadi salah satu isu utama yang diperdebatkan oleh ramai pihak terutamanya agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. Keadaan ekonomi semasa menyebabkan ramai penduduk terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah kurang mampu untuk membeli rumah akibat peningkatan harga rumah secara drastik sejak tahun 2000. Peningkatan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor makro dan mikro mengikut permintaan dan penawaran rumah. Antaranya, perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk memiliki dan menyewa rumah. Secara tidak langsung, pihak pemaju dan pelabur mengambil peluang untuk mendapatkan keuntungan dengan menaikkan harga rumah sehingga golongan tersebut tidak mampu memiliki rumah sendiri. Selain itu, pemilik rumah juga menghadapi cabaran untuk terus menetap di rumah yang dibeli. Pemilik perlu menghadapi bebanan akibat peningkatan perbelanjaan seperti bayaran ansuran bulanan, cukai tafsiran harta, kos-kos penyelenggaraan dan perkhidmatan. Oleh itu, kenaikan harga rumah dan kos pemilikan rumah akan memberi kesan kepada dayahuni bandar. Kawasan kajian dijalankan di sekitar tamantaman yang berdekatan dengan infrastruktur di bandar Kajang. Kaedah pengiraan Indeks Kepentingan Relatif (RII), Indeks Frekuensi (F.I) dan ‘Severity Index’ (S.I) digunakan untuk menganalisis data-data yang melibatkan nilai-nilai pemberat yang paling penting bagi pemilikan rumah. Kajian mendapati sejumlah 73.2% bakal pembeli hanya mampu membeli rumah dengan harga RM300,000 ke bawah. Sebanyak 15 faktor utama dan pandangan oleh kumpulan bakal pembeli dan pemilik rumah yang berpendapatan sederhana telah dikenalpasti mempengaruhi akses kepada pemilikan rumah serta penentuan untuk keperluan dayahuni. Kajian ini juga membentuk satu kerangka matriks bagi menentukan parameter-parameter yang paling penting mempengaruhi pemilikan rumah untuk dayahuni bandar. Parameter-parameter pemilikan rumah untuk dayahuni bandar diterapkan ke dalam kerangka matriks penilaian. Kerangka matriks ini boleh berfungsi sebagai panduan kepada agensi kerajaan dan pemaju agar dapat membantu menyediakan rumah mampu milik yang selari dengan matlamat Dasar Perumahan Negara.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 429
Call Number: HD7287.82.M4E435 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106040+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.