Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515267
Title: Impak inovasi tenaga suria terhadap penghidupan lestari penduduk Pulau Mabul, Sabah Malaysia
Authors: Rashidah Zainal Alam (P66185)
Supervisor: Chamhuri Siwar, Prof. Emeritus
Keywords: Solar energy -- Malaysia
Communities -- Malaysia
Tenaga suria
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-May-2018
Description: Penduduk di kawasan luar bandar sering dikaitkan dengan tahap sosioekonomi yang rendah akibat kekurangan keperluan asas dan menghadapi risiko tahap kemiskinan lebih tinggi dalam usaha untuk mencapai Penghidupan Lestari (PL). Inovasi Tenaga Suria (ITS) iaitu salah satu daripada tenaga keterbaharuan dilihat berpotensi besar untuk dibangunkan terutamanya di kawasan luar bandar sebagai sumber tenaga alternatif selari dengan inisiatif untuk transformasi kepada Ekonomi Hijau (EH). Secara khususnya, tesis ini bertujuan mengkaji impak potensi ITS dalam bentuk sistem pengepaman air minuman sebagai usaha ke arah PL penduduk di Pulau Mabul, Sabah Malaysia. Kaedah campuran yang melibatkan gabungan kuantitatif dan kualitatif melalui data soal selidik secara bersemuka daripada survei digunakan. Temu bual berstruktur dan separa berstruktur turut dilakukan untuk mendapatkan hasil yang lebih komprehensif. Analisis utama kajian menggunakan Analisis Persamaan Berstruktur (SEM) dengan menggunakan bantuan perisian SPSS dan AMOS versi 21 untuk menentukan kesepadanan model pengukuran dengan data yang diperoleh serta penghasilan model struktur hubungan antara konstruk komponen PL dan ITS. Berdasarkan daripada 350 responden (kadar respons 100%), dapatan kajian ini menunjukkan bahawa model yang dicadangkan mencapai tahap kesahan, kebolehpercayaan dan kesepadanan yang ditetapkan dengan nilai Cronbach’s Alpha (α) ≥ 0.8; Average Variance Extracted (AVE) ≥ 0.6; Construct Reliability (CR) ≥ 0.8; Chi Square/ Degree of Freedom (Chisq/ df) ≤ 3; Comparative Fit Index (CFI) ≥ 0.95 dan Goodness of Fit Index (GFI) ≥ 0.9 dan Root Mean Square of Error Approximation (RMSEA) ≤ 0.6. Kajian mendapati semua konstruk laten eksogenus dalam kajian ini iaitu sosioekonomi (SOEKON); kemudahterancaman (KMTRNM); strategi (STRTG) dan Inovasi Tenaga Suria (ITS) mempunyai kesan yang positif dan signifikan terhadap konstruk laten endogenus iaitu Hasil Penghidupan Lestari (HPL). Konstruk ITS mempunyai hubungan signifikan dengan konstruk strategi dan menunjukkan impak yang positif ke arah usaha PL penduduk di Pulau Mabul. Kajian ini telah mencapai objektif yang disasarkan dan memberikan sumbangan yang bermakna membantu memberikan alternatif dalam meningkatkan sosioekonomi penduduk di kawasan luar bandar ke arah usaha mencapai PL. Seterusnya, kajian ini turut menyediakan bukti empirikal berkaitan penggunaan tenaga suria dalam memantapkan transformasi kepada EH di Malaysia seterusnya mencadangkan kepada pembuat dasar bagi menggubal polisi serta strategi yang lebih komprehensif khususnya berhubung penggunaan ITS untuk penduduk di kawasan luar bandar.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 325
Call Number: TJ808.7.M4R337 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106039+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.