Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515263
Title: Etnobotani dan sikap penjual terhadap kelestarian tumbuhan ubatan yang dijual di tamu Pantai Barat Sabah
Authors: Jurry Foo @ Jurry F. Michael (P61484)
Supervisor: Ahmad Aldrie Amir, Dr.
Keywords: Ethnobotany -- Malaysia
Flowers -- Malaysia
Sustainable development -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Aug-2016
Description: Sikap merupakan satu daripada prasyarat dalam pembangunan lestari. Tumbuhan ubatan adalah lestari selagi ia berupaya memainkan fungsinya dalam memenuhi keperluan manusia. Kelangsungan penjualan tumbuhan ubatan di tamu telah membuktikan kepentingan tumbuhan dalam memenuhi keperluan sistem kesihatan masyarakat. Kepenggunaan tumbuhan ubatan secara berterusan bergantung kepada fungsi dan latar belakang spesies, manakala kelestariannya tertakluk kepada sikap manusia terhadap sumber tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kelestarian tumbuhan ubatan yang dijual di tamu Pantai Barat, Sabah berdasarkan sikap 107 orang penjual yang terdiri daripada etnik tempatan. Responden dipilih melalui persampelan bertujuan. Bagi memenuhi matlamat tersebut, tiga objektif telah dibentuk, iaitu (i) memprofil spesies dan kepenggunaan tumbuhan ubatan di tamu terpilih di Pantai Barat Sabah, (ii) meneliti sikap penjual dan faktor yang mempengaruhi sikap terhadap kelestarian tumbuhan ubatan, dan (iii) mencadangkan mekanisme penambahbaikan pendokumentasian tumbuhan ubatan dan kelestarian. Data kajian dikumpul melalui proses pemerhatian, soal selidik, temubual dan rujukan kepustakaan. Manakala maklumat yang dikumpul dianalisis dengan statistik huraian dan Analisis Komponen Prinsipal (PCA)menggunakan perisian Program Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) IBM Statistic 21. Hasil kajian berjaya merekodkan sebanyak 77 spesies tumbuhan ubatan daripada 43 famili dan 7 bentuk hidup yang didominasikan oleh spesies herba. Spesies yang disenaraikan mempunyai 119 kegunaan, khususnya bagi merawat penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis. Skor min menunjukkan bahawa sikap penjual dipengaruhi oleh persepsi terhadap kelestarian, berbanding tingkah laku dan motivasi. Manakala daripada segi kecenderungan sikap, banyak keputusan dilakukan dengan menitik beratkan aspek ekonomi dan sosial berbanding aspek ekologi. Walau bagaimanapun, jumlah skor min keseluruhan mengenai sikap penjual menunjukkan bahawa tahap kelestarian tumbuhan berada di tahap tinggi. Hasil analisis PCA pula telah menentukan sembilan faktor yang mempengaruhi sikap penjual terhadap kelestarian tumbuhan ubatan, iaitu kebergantungan kepada sumber, peluang ekonomi, kepekaan terhadap pemuliharaan, keterlibatan dalam pemuliharaan, ketercapaian sumber, pewarisan ilmu, potensi tumbuhan, minat dan pengalaman.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 137
Call Number: GN476.73.J848 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105071+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.